Simpanlah Keranda Ini

Share on Tumblr Lelaki tua itu semakin lemah. Kudratnya sudah tiada. Segala sendinya kejang dan lemah. Penyakit demi penyakit bersarang ditubuhnya membuatkan lelaki tua itu tidak mampu lagi untuk berdiri. Setiap hari yang termampu dilakukan hanyalah berbaring dan membilang baki hari yang akan dilaluinya.

Keadaan lelaki tua itu menjengkelkan anaknya. Anak muda itu mengeluh kerana setiap hari sejak beberapa bulan bapanya terlantar, hanya dia seorang sahaja terpaksa berladang dan menjaga binatang-binatang ternakan.

Penat berladang, pulang ke rumah dia terpaksa pula memasak, membasuh, mengemas rumah serta membantu bapanya yang tidak mampu menguruskan diri sendiri. Paling dibenci anak muda itu ialah mengurus kencing berak bapanya, lantaran si ibu sudah beberapa tahun meninggal dunia.

“Ah! Tak guna langsung, menyusahkan saja…” Keluh si anak yang tidak sanggup lagi menanggung beban menguruskan ayahnya. Kesabarannya hilang. Dia tidak mahu menggalas beban itu lebih lama lagi.

Suatu hari si anak membuat satu keranda daripada kayu dan membawanya balik ke rumah. Ketika itu ayahnya sedang tidur. Tanpa melengahkan masa anak muda itu terus mengheret keranda ke bahagian anjung tempat ayahnya sedang berbaring. Perlahan-lahan tubuh tua ayahnya diangkat dan diletakkan ke dalam keranda kayu. Kemudian, ditutupnya keranda itu.

Anak muda itu mengheret keranda tersebut sehinggalah ke tebing sebuah gaung yang dalam dan dipenuhi bongkah batu. Segala-galanya akan berakhir sebentar lagi. Tetapi sewaktu hendak menolak keranda itu ke dalam tebing gaung, tiba-tiba dia terdengar bunyi ketukan yang lemah dari dalam keranda.

Lalu anak muda itu membukanya. Dalam keadaan terbaring lemah, lelaki tua memandang tepat ke dalam mata anaknya. “Ayah tau kau nak tolak ayah dari tebing ini..”Begitu payah si bapa mengeluarkan suaranya.

“Boleh..kau boleh lakukannya tapi…ayah ada satu permintaan..” Sambung lelaki tua itu dengan suara tersekat-sekat menahan sebak di dada. Si anak mengangguk, menyuruh bapanya meneruskan kata-kata.

“Kau boleh tolak ayah dari sini jika kau mahu..tapi simpanlah keranda ini baik-baik sebab anakmu juga akan memerlukan keranda ini suatu masa nanti…” sambung si bapa.

—————————————————-

Moral: Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga ayah dan emak ketika mereka sudah tua atau memerlukan. Jasa dan pengorbanan mereka sangat besar dan tak terbalas oleh kita. Hargailah mereka dan sayangilah mereka selagi mereka masih hidup…

Selamat Hari Bapa! Simpanlah Keranda Ini

12 Komen:

lokman berkata...

happy father's day
hargailah bapa anda selagi nyawanya msih ada...

sweet56 berkata...

Di dunia nyata yg penoh reality mencabar ini , berkeadaan bagitu memang meletihkan diri,apa tak lagi - tiada yg membantu-hanya bersimpati tumpang lihat dan pergi .Kadang kala dah jadi bagitu lebeh baik mati,drp simpati....sweet56

pakkochok berkata...

Orang berubah meninggalkan zaman-riak riok mengikut peralehan kesibukan keadaan - masa aku kecik kecik dulu tidak pernah kedengaran rintihan -kepenatan.Masa kini anak2 meninggalkan ibu tampa kerestuaan..Masa berlalu meninggalkan kenangan....

Tanpa Nama berkata...

tanggang btl la.uwaaaa...sdihnya aku.ada lg ker mcm ni.

iela berkata...

i luv my dad so much..my mum dh xda sama cam citer kat atas..tp akan ku pastikan kbhagiaan abah yg utama..miss n luv u abah(Elias bin Shamsudin)..

iela berkata...

i luv my dad so much..my mum dh xda sama cam citer kat atas..tp akan ku pastikan kbhagiaan abah yg utama..miss n luv u abah(Elias bin Shamsudin)..

bro ensem berkata...

kuang ajo nyer ank..tak gune..klu thu cm nih rendam ngan klorok jer time kecik2..bio mampos..huhu..emo lak ak..ak bukn pe,sensitif bebende cengini..ak pn bukn la ank yg baik mne pn..tp msh de kewarasan n sift penyayang kpd mak n bapak ak..pe2 pn cte ni best..iktibar tuk kte sume..tq..

Tanpa Nama berkata...

ayah sy pun dh lame maninggal mase sy sklh...walaupun dia x pernah tinggal dgn sy dr sy kecik lagi, sy tetap menghargainya...sbb stiap yg berlaku ada hkmhnya...hanya Allah yg maha mengetahui...

che nndha berkata...

zaman skarank dh brantakan.. anak tlah mngecewakan orang tua'y... menjatuhkan air mata ke 2 ortu'y.. mreka tk prnah brpikikir ktika qta blom bisa apa2... mreka dgn sbar menjaga n merawat qta

Nurul Aisyah Ab Aziz berkata...

astaghfirullah...
smpai mcm tu skali ank die nk buat...
subhanallah..
xpe lh moge2 kte mendapat syafaat dan petunjuk dan juge pengajaran baru drpd cerpen niy...
insyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

ermm...spa aty ank dye bt g2..kn kena smash di ayh 2..haha..xbaek r wt g2..jge jela..jgn sungut2..xikhlz nmenye..kita pn xtau ajal kita ble..kita atau ayh yg kne pergi dlu..isshh3...smoge crite nie dpt beri pengajarn buat kita smue k??

Nurul Yazmeen Zahidan berkata...

masya-Allah....kenapa insan yg sdh bnyk menanggung mkn minum kte dibuat cam tu? klw tnye sye,x snggup sye bt cam tu kat bapak sndri wlwpun ade time kte mmg xleh thn ngan sikap bapak sndri.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.