Hati-hati Pilih Pasangan

Share on Tumblr Percintaan di kalangan remaja sering membimbangkan ibu bapa. Bagaimanapun, remaja tidak dapat dihalang daripada bercinta kerana sememangnya itu fitrah manusia. Apatah lagi remaja yang baru mengenali cinta yang cukup seronok dimainkan perasaan dalam bercinta.

Apa yang penting ialah setiap remaja perlu tahu mengapa mereka bercinta. Adakah kerana kesepian, cuba meningkatkan keyakinan diri atau anda sememangnya gatal mahu bercinta?

Mereka juga perlu bijak mengendalikan cinta dengan positif kerana cinta remaja tidak semestinya membawa kesan yang negatif. Sebaliknya, cinta yang dikendalikan dengan baik dapat dijadikan dorongan untuk remaja meningkatkan perkembangan sahsiah diri mereka.

Apa saja alasan anda untuk bercinta, berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Berikut antara alasan yang kerap terjadi kepada remaja apabila mahu bercinta. Ia mungkin boleh membantu anda supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan dan mengelak mereka yang sebegini.

1. Bercinta kerana kasihan

- Cinta yang didasari oleh rasa kasihan boleh menidakkan rasional. Mereka mungkin tahu mempunyai pasangan yang tidak sesuai, tetapi kerana dipengaruhi rasa kasihan, perasaan itu akan lenyap begitu saja.

Cinta begini mudah retak jika perasaan kasihan itu semakin berkurangan. Jika ini berlaku, si gadis lebih terasa kesannya kerana mereka insan yang paling mudah menaruh kasihan berbanding lelaki.

2. Terikut-ikut untuk bercinta

- Golongan ini bercinta kerana tekanan daripada orang lain. Remaja itu berasa tertekan kerana semua kawan-kawan sudah mempunyai kekasih sedangkan dia masih solo. Keadaan ini mendorongnya untuk mencari kekasih sambil lewa saja. Dalam erti kata lain, asalkan ada kekasih saja.

3. Bercinta kerana mahu menguasai

- Ada sebahagian remaja mendapat dorongan kuat untuk menguasai orang lain. Kebiasaannya ia berlaku pada seseorang yang suka membuat peraturan, memaksa ideanya dan terlalu memburu cita-cita. Berikutan itu, mereka mudah meninggalkan pasangan jika kehendak mereka tidak dituruti.

4. Bercinta kerana nafsu

- Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh tarikan seksual. Misalnya, lelaki akan memilih pasangan yang seksi manakala si gadis lebih kepada lelaki sasa, tampan dan gagah.

Pasangan seperti ini akhirnya akan membawa diri kepada satu peringkat kesedaran bentuk fizikal bukanlah segala-galanya dalam percintaan.

5. Bercinta untuk bersaing

- Kerap berlaku kepada remaja yang sanggup bersusah-payah untuk merebut kekasih demi untuk mengalahkan pesaingnya. Dia cuma mahukan kemenangan dan bukannya demi kekasih. Malah, ia juga disulami sifat dendam dan sakit hati. Kejayaan merebut kekasih pula dianggap sebagai simbol kemenangan walaupun dia sebenarnya tidak mencintai pasangannya.

6. Bercinta kerana memberontak


- Kebanyakan remaja tidak suka apabila ibu bapa menganggap mereka seperti anak kecil dan perlu mengikut pelbagai peraturan. Sehubungan itu, remaja ini mencari pasangan sekadar untuk menunjukkan tanda protes terhadap ibu bapanya supaya dia dilihat lebih dewasa. Hati-hati Pilih Pasangan

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ada pernah dgr x bercinta sbb menunjuk2.aku dulu ader housemate yg x leh kita lebih dr dier.sampai dgr kami nk bertunang dier pun x der angin tiba2 kt nk tunang n buat majlis yg gempak2.

Tanpa Nama berkata...

WHAI RMAJA2 DLUAR SNA,,SSUNGGUHNYA CINTA YG ABDI I2 ADALH CINTA TRHDP ALLAH!!SYNGILH SEORG LAKI2 I2 KRNA ALLAH N CINTAILH SEORG LAKI2 I2 KRNA ALLAH JGA...STIAP PRKTAAN YG DUCPKN OLH LAKI2 I2 JGNLH PRCYA BULT2 N JGNLH TRUH SPNUH KPRCYAAN TRHDPNYA COZ IF KCWA JWA KTA YNG MERANA...

Tanpa Nama berkata...

btul tu...

Tanpa Nama berkata...

ni aku nk ckp ckt. lelaki ni kan mcmn buruk n huduh perangai pun tetap berangan nk teman idup yg baik n sempurna.so diorag bla nk approach pmpn tu mula la nk uji n pancing pmpn. berlagak open minded n suka kejujuran. bla pmpn dah pecaya,semua kisah2 silam pun diluahkan. siap lelaki ajak buat benda2 x elok dgn tujuan nk uji pmpn. bla pmpn dah syg ha mula la ikut je ckp llki. last2 lelaki buat tanggapan pmpn tu x baik n tinggalkan mcm tu je. llki hanya pndai tuding jari kat pmpn. tp klu benar diorang llki sejati, sepatutnye diorang pimpin pmpn ke arah kebaikan. bukan try nk pesongkan akidah pmpn pastu salahkan pmpn plak. btul x ckp aku??

Anonymous berkata...

ni aku nk ckp ckt. lelaki ni kan mcmn buruk n huduh perangai pun tetap berangan nk teman idup yg baik n sempurna.so diorag bla nk approach pmpn tu mula la nk uji n pancing pmpn. berlagak open minded n suka kejujuran. bla pmpn dah pecaya,semua kisah2 silam pun diluahkan. siap lelaki ajak buat benda2 x elok dgn tujuan nk uji pmpn. bla pmpn dah syg ha mula la ikut je ckp llki. last2 lelaki buat tanggapan pmpn tu x baik n tinggalkan mcm tu je. llki hanya pndai tuding jari kat pmpn. tp klu benar diorang llki sejati, sepatutnye diorang pimpin pmpn ke arah kebaikan. bukan try nk pesongkan akidah pmpn pastu salahkan pmpn plak. btul x ckp aku??

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.