20 Tips Dalam Percintaan

Share on Tumblr 1. Adalah sesuatu yg menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dia seorang sahaja yg kamu cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.

2. Paling menarik apabila kamu sekali sekala mengirimkan kad ucapan yang di buat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

3. Setiap saat kamu harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang kamu lakukan. Percayalah apabila kamu mengingatinya si dia juga pasti akan mengingatimu

4. Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup kamu kerana dalam semua hal kamu tidak pernah berahsia dengannya.

5. Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas kamu adalah beri sokongan padanya agar bangkit memperbaiki kesilapan bukan membuatkan dia lebih rasa rendah diri.

6. Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya kamu rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di sampingmu walaupun sesaat.

7. Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.

8. Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak tunjuk jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi. Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah. Berbunga-bunga hati bila kamu beri hadiah padanya.

9. Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu.

10. Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain darinya.

11. Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

12. Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.

13. Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hatimu. Belajarlah berterus terang…

14. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.

15. Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya kamu pula yang membeli makanan dan minuman ringan.

16. Hargailah ‘privacynya’ jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

17. Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.

18. Jika kamu mempunyai lesen memandu janganlah biarkan hanya si dia sahaja yang memandu. Tawarkanlah bantuan kamu untuk membantunya memandu. Tidaklah si dia rasa seperti pemandu..

19 Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang mengetahuinya.

20. Apabila berlaku perkara-perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang kamu tidak mengetahuinya. 20 Tips Dalam Percintaan

12 Komen:

conan berkata...

kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita mencintai seseorang di saat kita sedang kehilangannya…

dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita di saat kita amat memerlukannya…

renungkanlah madah cinta ini…

Tanpa Nama berkata...

btol2...
tp nape tak hargai ble de dpan mte...
nape nak knang ble dah jauh di mte????
tak ke 2 dah trlmbat...

Tanpa Nama berkata...

memang benda tu akan terjadi, sama ada laki atau perempuan....

Tanpa Nama berkata...

ak stuju tapi ak malu nak luahkan perasaan 2 pada dia.dia ckp syg tapi bila nampak pmpuan lain dia gtal...ape patut saya buat???????????

Tanpa Nama berkata...

Bahagia dengan cinta yang hadir.. walaupun masih jauh hubungan kami, ak tetap berharap agar jodoh bersama si dia tersayang...mmmuah... i love u sayang...

Tanpa Nama berkata...

i love u sayang!!u always in my heart...

Tanpa Nama berkata...

i love u sayang!!u always in my heart...

Tanpa Nama berkata...

wlaupun kau tiada dismpingku.. aku ttap memyayangi mu.. i love u so muchhhhhhhh....

mawarputih berkata...

betul la canon..
kadang2 aku fikir..ruginya bila diri kita tak menghargai cinta..cinta itu indah...itu yg aku tahu..aku masih mencari cinta ku...

anti jiwang berkata...

eei...geli aku bc komen korang sume.tegak bulu ktiak aku.ntah pape la korang nie.kawen dlu la bru nk jiwang2 dlm blog nie.aku tkot korg stress jer bla x mjd.

akusengal berkata...

bosan je bcinta ...

hemohemogurl berkata...

bagos lah tips nie.bolehla kte amalkannye lau nk hbgn bjaye....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.