Tanda kekasih curang

Share on Tumblr
Tanda kekasih curang
Pernahkah terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

Kekasih Curang



Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

Tidak lagi rajin menelefon anda
Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.
Tanda kekasih curang

19 Komen:

sab berkata...

saya suka dan tips ini…panduan utk gadis2 yg selalu tertipu dengan cinta. klu jatuh bangun dan fikir positif.selalu ckp kat diri diri yang kita mampu hidup tanpa dia.

2nd hero berkata...

perhh number 4 tu ade pada gf aku sehhh aduhhh mcm mane ni ....

may berkata...

ada betulnya,sbb saya sendiri ada mengelaminya.sakit hati sampai tak terkata.tapi tak apa TUHAN MAHA KUASA.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju..tapi setiap ape yang terjadi mesti ade hikmahnye..jodoh,pertemuan,ajal,maut sume keje TUHAN..so,think positive..

isketambola berkata...

N04 tu pun ada kat awek aku skang .. aku skang jadi slow n steady,, die marah aku.. aku layan jeeee

effa berkata...

last tips tu.. hmhh betul lah. kene dengan saya.. dulu lambat reply sms je, terus call.
sekarang bila da jadi kekasih dia, i tak sms terus pun dia tak cari ! da lepas 3 hari baru carik.. tak tanye khabar pun.. tanye sikit pun dia marah tanpe sebab. :( ape salah saya eh?

Tanpa Nama berkata...

no5 ade kat awek aku gan no4 tu...

Tanpa Nama berkata...

no4 kena pada aku,tk th knp bf aku dah berubh dari dlu.ape yg aku buat semua slh.

Tanpa Nama berkata...

try buat friend finder kat hp dia without pengetahuan dia. i dah buat,memang berkesan.kita leh tau sejauh mana kejujuran dia.lagi satu, kat maxis kan leh download e statement nombor ape dia call.so, kalau dia delete call list kat hp dia, takdelah masalah lagi..

kalu berkata...

saya pun camtu tp x pernah curang pun

Tanpa Nama berkata...

kalu sidia berubah hati, cubala pujuk
biar bergaya dari dulu pasti dia akan kembali menyayangi kita

Tanpa Nama berkata...

.......

Tanpa Nama berkata...

NO 4,5,6 tu..klu lelaki,kmgkinan bsr tnda2 curang.Tp bg perempuan,ada 4 kmgkinan;
1)mgkin curang@hmpir2 curang..huhu
2)mgkin dia penah skt ht dgn prbuatan kekasihnya sblm ni,so ader je la bnda yg tk kena tuk mlpaskan grm dia yg tk hbs2 tu
3)mgkin kekasihnya sblm ni kurg perhatian@x ambk brt@penah jgk mlakukan perkara no 4,5,6..,so dgn wat camtu,brula kekasihnya sdr betapa sktnye diperlakukan begitu@tak dipeduli.dgn wat bgitu kat kekasihnya,dia dpt blik perhatian@keterujaan kekasihnya mndptkan hatinya blk sprti masa mula2 brcinta.
4)sesaja ngengada@test power@jnis perangai yg tk reti menjaga perasaan org

Tanpa Nama berkata...

tp bg perempuan yg ada wat prkara2 tu tp sbnrnye tak curangpun, jgnla terover@trlebih emosi..komunikasi pntg.klu dlm hati lain tp perbuatan tunjuk lain,takut mengundang slh fhm dan jdkan hubungn lbh teruk.takut sidia x thn cari lain..huhu

Tanpa Nama berkata...

sedih rasanya...dlu bkn men baik lgi,skrang da mcm kena rasuk....huuhhhhh

Tanpa Nama berkata...

memang sedih dan sakit hati sgt2...3 yg last tu semua ada kat dia..

akmal berkata...

macm 2 ka..bru aq tau..ptut la xmau kaur dah ngn aq..saat aq dah nk prgi blajar...uuummmmmmmmmmm.pompuan smua sma ja...xpernh nk menghargai..janji 2 hnya di bibir ja...apa lah....memng xbrhati perut btol la..persa ni bukn mcam kena pisau...skit didalam owg xthu mcm mna...

Tanpa Nama berkata...

mang benar..sya dah merasai..nak cover kesalahan dri menuding jari pd sya..last2 kena tingal mcm tu je bila dia dah ada backup lain...nyampah..

Tanpa Nama berkata...

yg no 4 tu belaku pd dri sya sekarang..ntah apa salah sy pun xtahu..ada je serba xkena..hmmm...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.