Cinta Itu Menyakitkan?

Share on Tumblr Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Sumber: Legolas's Blog Cinta Itu Menyakitkan?

19 Komen:

Cinta berkata...

Testing

Tanpa Nama berkata...

Kekasih
Aku tak tahu apakah sebenarnya perasaanmu pada ku
Aku tak tahu apakah yang engkau harapkan dari hubungan ini apalagi dariku
Aku tidak tahu apakah engkau benar2 menyayangi aku
Aku juga tidak tahu siapakah sebenarnya aku di hati mu

Aku tidak tahu apakah wujudnya aku dihatimu
Aku tidak tahu di sudut manakah namaku tersembunyi di hatimu
Mungkin juga memang tidak pernah wujud atau kehadirannya tidak pernah diberi ruang untuk memasuki celahan hatimu
Aku juga tidak tahu apakan engkau benar2 ikhlas mengatakan sayang padaku

Beberapakali aku bertanya tentang itu kepadamu
Tapi tiada jawapan yang jelas aku perolehi
Kalau pun ada, bagiku ia adalah atas desakanku untuk sebuah jawapan yang selalu aku tunggu..

Aku selalu berharap…engkau menyatakan sendiri perasaanmu
Engkau menyatakan sendiri isi hatimu tanpa perlu aku bertanya
Tanpa perlu aku mendesak untuk sebuah jawapan

Kekasih
Yang aku tahu, kita jarang bertemu seperti pasangan lain
Aku tidak pernah menafikan bahawa kadang2 aku begitu cemburukan mereka yg seperti pasangan bahagia…sangat bahagia..
Aku juga tidak menafikan kadang2 aku sangat gembira dan bahagia bila dapat bertemu denganmu walaupun hanya suku jam sahaja..aku bersyukur masih lagi dapat bertemu bertentang mata dan melihat senyuman mu…itu sudah cukup membuat diriku bahagia tersenyum
Yang pastinya aku tahu engkau selalu sibuk dengan pekerjaan mu
Dengan tanggungjawab mu kepada keluargamu seperti yang sering kau katakan…

Kekasih
Aku selalu berangan dan berharap engkau selalu menghubungiku
Bertanyakan khabarku
Bertanyakan aktiviti ku
Bertanyakan kalau2 aku memerlukan bantuanmu
Tetapi Kekasih
Aku selalu hampa dan kehampaan itu seperti
sudah sebati dengan kehidupan ku di dalam hubungan ini

Kekasih
Telah berapakali aku katakan..
Engkau boleh melepaskan aku pergi
Engkau boleh meninggalkan aku bila2 masa jika aku tidak engkau perlukan lagi..
Dan aku sering merasakan itu..
Aku merasakan bahawa aku ini tidak lagi engkau perlukan…

Kekasih
Tinggalkanlah aku jika engkau tidak menyayangi aku lagi
Tinggalkanlah aku jika tiada lagi rindu dihatimu
Dan aku juga rela jika engkau mahu meninggalkan aku tanpa sebab
Asalkan engkau menepati janji mu…
Mengucapkan salam perpisahan di depan mataku
Aku hanya ingin melihat dan mendengar dari bibirmu
Kerana itu akan memberikan ku kekuatan, kepercayaan dan keyakinan
Bahawa sesungguhnya engkau benar2 bole meneruskan hidup tanpa diriku
Dan semestinya di kala itu aku merelakan pemergianmu kerana pasti bahawa engkau akan lebih bahagia tanpa ku..InsyaAllah…

-SilentIsSerenity-

zf
01Jul2008
12.21 pm

Lavender@Nisa berkata...

bagiku, cinta itu menyakitkan. Mencintai seseorang yang mungkin tidak mencintai kita bagiku satu penyiksaan. Namun, cinta tidak pernah lari daripada keindahan. Menyakitkan dan indah, itu yang membuatkan manusia masih mencintai walaupun teruk dilukai...

Tanpa Nama berkata...

cinta 2 mmg menyakitkn..lg menyakitkan bila kita tahu die cinta kita hanya simpati!!! kejamnye yg bernama LELAKI...

qaseh berkata...

susah nak ckp....ccinta mmg indah, indah sgt...tp akan jadi perit pabila dikhianati....
tapi akuilah, cinta mengajar kita erti dewasa dan erti hidup....

qaseh berkata...

susah nak ckp....ccinta mmg indah, indah sgt...tp akan jadi perit pabila dikhianati....
tapi akuilah, cinta mengajar kita erti dewasa dan erti hidup....

manusia berkata...

kalau tknk sakit jgan bercinta.....

Tanpa Nama berkata...

bercinta menag banyak sangat cabarannya...sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula hubungan antara dua insan...ini lah pengorbanan bila cinta itu menyakitkan..inilah pengalaman hidup wat kekuatan kita.....

B3rrY berkata...

cinta itu memberi mcm2 rasa.. siapa yg bahagia dia beruntung, sapa yg kecewa Allah mengujinya kerna dia mampu halanginya.. benarkah???
hati ku seringkali dikecewa.. sehingga terasa tak mahu dekatinya lagi.. namun aku rindu, aku sunyi utk bercinta..
di mana Dewa Cinta KU???

Tanpa Nama berkata...

cinta itu pahit.. kenapa kite jatuh hati pada lelaki yg langsung tak syg dan x cintakan kite sedangkan kite masih mengharap kan die. sanggup brkorban semua semata2 nak die happy dgn kite sedangkan hati nie pedih luluh kalau boleh nampak dgn mata kasar luka parah.... tapi die tak sedar
semoga tuhan kuatkan hatiku dah buka hati si dia....

Tanpa Nama berkata...

memang cinta itu amat perit sekali apabila sudah berpisah apatah lagi dia ada wanita lain di dlm hatinya, dia rela tggal kn aku hnya kerana seorg wanita yg baru dia kenal entah hati budinya macam mane, dia sggup lupakn janji manis dan sumpah yg dilafazkan dulu padaku, amat sakit dan derita ku hnya Allah sahaja yg tahu, aku berdoa agar dia mengerti derita ku ni hnya kerana mencintai dirinya.... kejam seorg lelaki membuat seorg wanita yg lemah spt aku di buangnya tanpa belas kasihan... MOGA DIA SEDAR KESILAPANNYA.........

Tanpa Nama berkata...

ak dh malas dh nk brcinta..single agi bez..xdela slalu skit ngan perbuatan si dia..

miLLaaa berkata...

t'kDg cinta adA ketika Qt tak mAmpu meNghargAi k'hAdirannya...
tP,,, cInta kan bEgitu tRasa mNykitkan kEtika qt mULai belajar tUk mengAnggap kBradaannya. .

bagI cErita cInta kE: anyone_th@tlove.me

hizal berkata...

pernah ku rasa ketika hati ini dilukai..
ku tahu cinta itu menyakitkan...

mya berkata...

wahai sayangku..
dengarlah luahan hatiku..
aku terlalu cinta akn dirimu..
biarpun kita sering diuji..
aku tahu aku banyak bersalah kpd mu..
namun telah aku sedaya membuangnya hanya utkmu..
aku sanggup berubah demimu..
sumpahku katakan aku tiada apa dgnnya..
aku hanya bersenda sebagai kawan lama yg terlebih dahulu aku kenali sebelummu..
telahku katakan cintaku kini dan selamanya hanya utkmu..
aku memilihmu bukan kerna rupa dan harta..
aku memilihmu kerna cintamu yg tulus itu..
sumpah hanya kau ygku cinta..
tiada niat lagi untuk aku berpaling hati darimu..
senangnya engkau ingin melepaskanku..
dimana janji-janjimu?
saat aku terlantar sakit kau hadir untuk mengembalikan kekuatanku..
kini saat aku betah dan kuat untuk melawannya..
kau ingin meninggalkan ku?
keputusanmu sungguh kejam terhadapku..
permintaan terakhirku..
jagalah aku hingga akhir nyawaku..
sehingga hembusan nafasku yg terakhir..
sehingga tidak berdetak lagi waktu untukku..
dan sehingga tamat nya nadi yg berdenyut..
maafkan aku sayangku..

yg benar,
bbymu..[mya_kierana]

untukmu,
hubyku[amin_92]

qaseh berkata...

susah nak ckp....ccinta mmg indah, indah sgt...tp akan jadi perit pabila dikhianati....
tapi akuilah, cinta mengajar kita erti dewasa dan erti hidup....

Tanpa Nama berkata...

cinta mmg mnyeronokkan ..tp pedih apbila ia d tinggalkn..

Tanpa Nama berkata...

cinta bagi aq indah namun apabila disakiti ia hancur��

brekele berkata...

cinta, deritanya tiada akhir

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.