Kisah Seekor Kupu-Kupu

Share on Tumblr Saya masih ingat suatu pagi ketika saya terjumpa sebutir kelongsong di kulit kayu sebatang pohon, seekor kupu-kupu sedang membuat lubang pada kelongsong tersebut, bersiap sedia untuk keluar.

Saya menunggu seketika, tetapi ia mengambil masa yang begitu lama untuk muncul dan saya pun hilang sabar.

Saya membongkok dengan menghembuskan nafas ke atas kelongsong itu untuk memanaskannya. Saya memanaskannya secepat mungkin dan keajaiban mula menjelma di depan mata dengan begitu pantas sekali.

Kelongsong itu terbuka, kupu-kupu itu pun merangkak keluar perlahan-lahan dan tidak akan saya lupa kengerian apabila melihat sayapnya terlipat ke belakang dan renyuk, kupu-kupu malang itu menggigil-gigil mencuba sedaya upaya untuk membuka sayapnya.

Saya membongkok sekali lagi dan cuba menolong dengan nafas saya, sia-sia sahaja. Ia perlu menetas perlahan-lahan di bawah cahaya matahari. Kini sudah terlambat.

Nafas saya telah memaksa rama-rama tersebut untuk keluar, dengan sayap yang renyuk, sebelum tiba masanya. Ia telah berusaha tetapi kecewa, dan beberapa saat kemudian, mati di tapak tangan saya.

Saya percaya badan kecil itulah yang paling membebankan sanubari saya. Saya menyedari sekarang bahawa ia suatu dosa besar untuk menentang hukum-hukum alam semula jadi yang agung. Kita tidak harus tergesa-gesa, tidak harus kurang sabar, tetapi seharusnya, dengan yakin, mematuhi ritma yang abadi semula jadi.

(Petikan dari Panduan Keibubapaan Bestari Times, Mengapa Montessori oleh Aisha Z. Abdullah diambil daripada cerita Zorba the Greek oleh Nikos Kazantzakis dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Cald Wildman)
Kisah Seekor Kupu-Kupu

3 Komen:

rina berkata...

kacian ya kupu2nya..hik!
kamu sih!ngape juga pake ga sabaran!
makanya tu, buat kita2 menghadapi apapun dan situasi bagaimanapun mesti bersabar.
tapi……..
batas kesabaran manusia emang ada batasnya y?
ane aja kgak sabarn..truz gimana donk??
puziiing de ah.
jawabannya…biarkan semua berjalan sebagaimana adanya aja.
manusia tidak punya wewenang melangkahi yang sudah ditakdirkan Tuhan,that’s all!
piss!!

kakak syafiqah berkata...

kesianya kupu2 tu....

Teka berkata...

lahir dengan penuh ketenangan tp kalau membesar perlukan juga perhatian.. cuba clik kat TEKA apa jawapannya?

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.