Mutiara Kata Pengisian Jiwa

Share on Tumblr Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.

Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata-kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun.

Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu .

Orang yang membiasakan dirinya meminta tolong dengan tiada berusaha sendirinya itu ialah melatih dirinya menjadi peminta sedekah. ~ Pendita Zaaba

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik. Tetapi orang yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu menganalisa serta menguji dirinya sendiri.

Suatu tanda kelebihan orang berakal ialah apabila dia telah sanggup menggunakan akalnya seperti menggunakan pelita pada malam yang gelap.

Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan.

Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah. Apa yang berada di belakang kita
dan apa yang berada di depan kita adalah perkara kecil
berbanding dengan apa yang berada di dalam kita.

Kamu tak berupaya mengubah masa lalu tetapi kamu dapat menghancurkan masa kini dengan mengkhawatirkan masa depan.

Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan.

1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama-lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan.

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.

Suatu pengembaraan di anggap gagal kalau kita tidak dapat apa yang kita cari. Tetapi itu tanggapan yang salah. Tidak ada pengembaraan yang sia-sia. Cuma kau tidak faham, bahawa sesuatu yang kau jumpa dalam perjalananmu, adakalanya lebih baik daripada apa yang kau cari.~ Panrita - Arena Wati Mutiara Kata Pengisian Jiwa

2 Komen:

Bam's berkata...

Kejujuran hatiku yg mengagumi seorang kekasih hati.
Dia seorang yg cantik,jujur dan bertanggung jawab pd apa yg di lakukanya.kesalahan ku pd nya tak termaafkan oleh hatiku.dia hampir pergi meninggalkan aku.k’rena dia coba mencari cinta lain.mungkin dia membutuhkan ksh sayang yg lbh dr aku.tp skrg dia tlah kembali ke pelukanku dan aku pun bangga t’lah mengembalikan dia di sisiku.takan aku ulangi kesalahan yg dulu. Kekasihku maafkan lah hatiku yg s’lama ini membuatmu merasa sakit. Trma ksh sayangku I LOVE YOU

Tanpa Nama berkata...

mantabbbb klu dapat sekalian artinaya sich

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.