Cinta palsu suami orang

Share on Tumblr Apa yang saya cuba sampaikan di sini bertujuan memberi peringatan kepada remaja sebaya saya dan sesiapa yang berkaitan. Saya berumur 21 tahun dan pelajar diploma di tahun akhir.

Saya berkawan dengan teman lelaki hampir dua tahun. Umurnya sebaya saya. Dia melayan saya dengan baik sekali dan dia juga baik kepada keluarga saya. Ibu saya juga suka kepadanya.

Namun apakan daya, saya jatuh cinta pula dengan orang lain yang umurnya enam tahun lebih tua. Biar saya namakan dia H. Lebih menyedihkan, orang yang saya jatuh cinta itu sudah berkahwin.

Disebabkan janji manis dan layanan baik diberikan kepada saya, saya buta dan tinggalkan teman lelaki saya, biarpun ketika itu saya baru mengenali H tidak sampai seminggu.

Awal perkenalan kami, semuanya berjalan lancar. H berjanji untuk tidak buat saya rasa dia sudah berkahwin dan dia berjaya lakukannya. Bagaimanapun selepas beberapa bulan, isterinya dapat menghidu hubungan kami.

Saya cuba untuk undur diri, tapi H menghalang saya. H masih nak teruskan hubungan kami. H berjanji akan berkahwin dengan saya. H kuatkan semangat saya dan berkata sayalah yang ada di hatinya, bukan isterinya.

Dia tidak pandang isteri di depan mata. H cuba ugut saya dengan berkata, kalau saya tinggalkan dia, isterinya juga akan dia tinggalkan. Saya jadi takut kerana tidak mahu perceraian berlaku disebabkan saya.

Saya langsung tidak tahu saya diperbodohkan. Selama 10 bulan perkenalan saya dengan H, macam-macam yang saya lalui. Walaupun masih belajar, saya tetap buat kerja sambilan di tempat kerja H semata-mata untuk bersamanya.

Duit saya banyak habis untuk H. Saya penuhi segala permintaan dia, sedangkan teman lelaki saya dulu tidak pernah sedikitpun susahkan hidup saya. Saya bukan saja habis duit, tapi maruah diri saya juga tergadai. Semuanya kerana cinta.

Selama hampir dua tahun bersama teman lelaki saya dulu, kami tidak pernah buat kerja terkutuk itu. Kini H dengan senang hati meninggalkan saya. Baru saya tahu lelaki memang ayat manis. Banyak yang saya pelajari sepanjang bersama H.

Saya juga terlepas peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kerana H tidak benarkan saya sambung belajar. Dia nak saya bersama dia, tapi semuanya tipu belaka.

Di luar sana, saya nak nasihatkan remaja wanita supaya jangan mudah percaya pada lelaki. Hargailah apa yang ada di depan mata. Jangan sesekali benarkan diri anda dinodai.

Yang paling, penting jangan percayakan suami orang! Cinta mereka hanya kerana seks semata-mata. Jangan jadi seperti saya yang kini menyesal seumur hidup.

YANG MENYESAL

———————-

Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman di ruangan ini untuk menjadi iktibar kepada orang lain.

Rasanya, tidak perlu Dang Setia mengulas panjang lebar mengenai nasib yang menimpa saudari.

Sebagaimana saudari, Dang Setia juga berharap pengalaman pahit saudari mampu memberi pengajaran kepada pembaca. Sekurang-kurangnya ia memberi perspektif baru kepada penggemar ruangan ini.

Maksudnya, jika Dang Setia menyatakan jangan bercinta dengan suami orang kerana mungkin mereka hanya inginkan tubuh anda, mungkin ramai beranggapan Dang Setia tidak betul dan lebih percayakan teman lelaki mereka.

Namun, apa yang saudari alami secara jelas membuktikan betapa besarnya kesilapan yang saudari lakukan. Selain kehilangan teman lelaki yang baik, maruah diri saudari juga tergadai serta gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kesimpulannya, kepada remaja wanita, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi di luar sana yang kini asyik mahsyuk bercinta dengan suami orang, beringatlah sebelum kena. Janganlah sudah terhantuk, baru nak tengadah.

~ Keratan Dang Setia, Metro Ahad Cinta palsu suami orang

30 Komen:

aku ingin pulang berkata...

Kisah teman saya, hanya untuk renungan. Dia juga seorang yang kuat agama. Rajin sembahyang, amat bertanggungjawab. menurutnya, bila dia dengar kawan sekerja yang dah beristeri tapi ada girlfriend, mengucap panjang dia!…dia mengakui, semasa bujang dan tengah bercinta, memang tak pernah dating berpegang tangan apalagi berdua-duaan di tempat sunyi. Katanya, memang ada keinginan untuk memegang tangan kekasih dan memeluknya tapi sentiasa ada halangan di dalam hati untuk berbuat demikian. Setelah kawin, dia memang sangat bahagia. Isteri layan dengan baik dan dikurniakan anak-anak yang comel. Malahan dia mengakui dia tidak akan tergoda dengan mana-mana perempuan pun kerana dia tahu dosa pahala. Juga dia mengatakan dia tidak ada nafsu dengan perempuan lain selain isterinya……pendek kata, orang alim, kawannya mengakui dia seorang yang warak! Tapi, dia juga akhirnya jatuh cinta lagi dengan seorang perempuan, isteri orang!! akhirnya menjalin semula cinta lama dan terjadilah beberapa pertemuan yang tidak sepatutnya berlaku!! Memang dia mengakui merasa bersalah, merasa berdosa tapi dia juga mengakui tidak dapat menolak perasaan itu!! Dia sendiri tidak percaya, dia akan melalui perkara begitu, apalagi setelah perkahwinan menjangkau 10 tahun, dan umur memasuki angka 40! Tapi itulah kehidupan yang perlu kita lalui. Jalan hidup ini tak selalunya lurus, kadang berliku……….ini hanya untuk renungan, agar kita sentiasa muhasabah diri sendiri…esok lusa kita tidak tahu apa akan terjadi…..sekian adanya! Yang baik dari Allah, yang jahat dari saya sendiri, semoga bermanfaat untuk semua!

Tanpa Nama berkata...

saya juga pernah mengalami pengalaman bercinta dgn suami org...awal perkenalan mmg mati2 dia tak mengaku dah kawin..alasannya tknk kehilangan saya.Sungguh menyakitkan hati........rasa kecewa sgt2 sbb saya terlalu sygkan dia..........mmg betul..lelaki yg dh kawin ni mulut mmg manis.....smpai sekarang saya tk bleh lupakan dia..tmbh2 rumah dian dan saya berdekatan manakala isteri dia tgl jauh....

amaRantyne berkata...

hye..
memang satu kisah yang benar2 bermakna n beri pengajaran ma semua gadis remaja ya]ng masih sunti lagi.MEMANG BENAR!! Jangan MUDAH percaya dengan kata-kata se0rang lelaki either TEruna ka 0r suami 0rang! Dan TERUTAMANYA SUAMI ORANG! Mereka memang amat bijak berkata2..pandai ambil hati..tapi sebaliknya hanya mahu mengambil kesempatan terhadap KesUcian dan kemuLusan se0rang anak gadiS yang maSih dara!Nasihat saya kepada semua gadis di luar sana..berhati-hatilah dalam memilih pasangan.Cinta kepada manusia itu tidak akan abadi..Cinta kepada Ilahi,cinta yang hakiki....

anum iezana berkata...

hai...entah la...susah untuk di mengertikan...saya sekarang ini sedang berkasih dengan suami orang sedangkan saya isteri orang...baru sebulan...saya puas cuba mengelak...tapi tak terdaya...kami juga satu pejabat...mungkin itu salah satu masalahnyer...entah la...saya akan terus cuba menbetulkan ape yang slah ini...saya mohon nasihat dan panduan dari kalian.terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

susah nak komen bab ni...i pun masih bercinta dgn suami org .hbgn kami dah berlanjutan lebih 10 thn.so sampai skrg i tak tahu mana hujungnya....terjebak cinta suami org akan menjadikan diri terperangkap seumur hidup.

Tanpa Nama berkata...

hi...
nipengalaman sy pula... sblm kahwi...sy ade kekasih...tetapi dlm percintaan itu...sy terjebak pula dgn cinta suami org....tp..jodoh tetap di tgn Allah...akhirnya..sy berkahwin dgn kekasih terdahulu...hampir 6 thn selepas berumhttga...sy sekali lg terseat oleh hubungan dgn suami org...ntah ape yg sy inginkan juga sy tak pasti...sy n suami tiada mslh..hbgn kami sgt2 akrab..tetapi mungkin atas dasar"test market"..maka dari suka2..jd terjerumas ke satu keadaan yg x sepatutnye...alhamdulillah...ujian Allah pd sy berakhir setelah sy kandungkan anak ke2...dr situ sy insaf...sebagai ibu pd 2 org anak yg sy lahirkan dr benid suami yg sgt2 baik dan memahami sy...maka adalah terlalu hina dina diri ini seandainya sy teruskan hubungan terlarang dgn suami org itu...jadi dgn tekad dan nekad..sy jauihi secara drastik hubungan itu...wlp byk kate2 yg agak"sumbang" yg dikeluarkan dr mulut suami org itu terhdp keputusan sy..namun sy nekad...wlbgmn buruk sikap sy..tp..sy ingin kembali sbgi isteri dan ibu yg setia pd keluarga dan suami sy...prinsip sy hy 1..ADAKALA KITA TERPAKSA BUAT KEPUTUSAN YG MEMENTINGKAN DIRI DEMI UTK KEBAIKAN ABADI

Tanpa Nama berkata...

saya juga menghadapi hal yang sama.saya
berumur 21 tahun dan sedang menuntut di
IPTA.saya menjalin hubungan ini yang saya sendiri rasakan hubungan yang sia-sia,saya sudah membayangkan yang perbuatan ini memang akan menjadi mimpi ngeri di masa akan datang.saya menjalinkan hubungan ini selama 3tahun.
pada mulanya kami memang saling sayang menyayangi.tetapi apabila sudah banyak masalah timbul saya sudah tawar hati untuk bersama dia secara jujur,pada masa ini dia hanya menjadi sumber kewangan saya rasanya berat hati untuk tinggalkan dia buat masa ini.
tetapi hubungan kami masih berjalan lancar percintaan kami umpama bercinta dengan orang bujang,kami jaga selalu bertengkar dan melafazkan kata "break" tetapi selalu juga rujuk balik.

sesungguhnya saya tidak terfikir yang dia cuma mengambil kesempatan keatas diri saya yang masih muda ini sebab dia tidak menunjukkan sikap yang boleh membuatkan sya tidak selesa.dia juga kurang mengajak sya melakukan perkara yang tidak senonoh.
dia tidak membenarkan saya untuk rapat dengan lelaki lain saya seolah2 melepaskan peluang untuk bersama dengan lelaki yang boleh membahagiakan hidup saya sepenuhnya.sedangkan bercinta dengan dia tidaklah terjamin dibandingkan dengan lelaki bujang.

saya pernah tinggalkan dia tetapi tidak berjaya mungkin disebabkan rasa sayang yang sia-sia ini.tetapi apa yang pasti bagi pendapat saya lelaki yang sudah beristeri ini memandang rendah dengan gadis-gadis yang terperangkap dengan sadiwara mereka.apa yang mereka perlukan adalah kepuasan dalam segala hal yang mereka tidak rasakan dari isterinya,dalam masa yang sama gadis yang tertipu ini menjadi buta dan buta juga dengan kesalahan c dia sehigga lupa akan perkara penting dalam hidupnya.

tetapi saya menyeru kepada semua yang mengalami nasib begini,sekiranya ada perasan tertipu oleh golongan lelaki durjana ini,ingat lah kita masih muda dan peluang masih terbuka untuk memilih langkah hidup kita sendiri bersama dengan orang baru yang jauh lebih baik.sedangkan mereka akan kembali kepada isterinya dengan rasa kehilangan.

walaupaun kita punya sejarah hidup terkutuk dengan penuh pengorbanan yang sia-sia seperti itu kita jangan lupa kita sudah punya pengalaman hidup yang tidak mudah untuk orang lain rasakan....we are SOMEBODY ...

Tanpa Nama berkata...

Sy terbace laman niy...rs diri mcm terlalu sengal pulak... mmg sy sdg bercinta dgn suami orang... lagi2 die seorang yg bergelar haji... saye pn xtahu nk ulas mcm mn....dan xtahu ape kesudahannye

Tanpa Nama berkata...

kisah bercinta dengan suami orang mmg menarik perhatian sy..sy baru ditugaskan bekerja di utara tanah air setahun yang lalu..dan saya sudah mempunyai kekasih hati..kami sudah berkawan hampir 2 thn..walupun kami bercinta jarak jauh, namun kesetiaan sy padanya tak pernah berubah..mmg saya akui ramai yang cuba masuk 'line' tapi tak seorang pun berjaya sehinggalah awal ni saya di uji dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup saya..juga suami org..tanpa diduga kami masing2 menaruh hati dan saya buntu kenapa saya lebih menyayangi dia berbanding kekasih hati saya..sampai sekarang saya masih meneruskan hubungan dengan suami org tanpa pengetahuan kekasih hati tapi dalam pengetahuan isterinya..saya masih menunggu jalan penamat bagi cerita ini..

Tanpa Nama berkata...

jauhi cinta suami org..krn ianya sex semata2..janji manis..tp hati busuk.

Tanpa Nama berkata...

sya pun dh terkena..dh lebih mlg sekali kami dh berkawin dan dh pun sya ni dicraikn talak 3 melalui sms..puas dia spak terajang..lpas gram bila dia bergaduh dgn bni no 1..dia xleh pkul yg no satu..sbab pak mertua dia yg jd penyebab kesenangan dia..hmpeh kn..jd klu blh..sesapa yg bercinta dgn suami org tu..stopla..kita gak yg sakit ati nanti..bni no 1 gak yg terbaik kt mata dia..

Tanpa Nama berkata...

Itu lah kan manusia tak tau lah nak cakap apa yang prmpuan pun sama tau dah suami orang masih nak kawan n kacau lagi apa rasa kalau suami kamu di kacau apa yg kamu rasa??? lelaki pun 1 yang bergelar suami orang setia lah pada yang 1 gangan lah nak mengoda anak dara orang sesuka hati sampai terlanjur... sudah terlanjur susah nak bertangung jawap jadi fikir lah dulu sebelum buat ooyyy...... menyesal kemudian ndak guna....

Tanpa Nama berkata...

saya pon..suami org kaco sy dan sy layan..kalo xlayan rasa serba salah..adakah saya pon ada perasaan dekat dia??

Tanpa Nama berkata...

saya juga terjebak dengan cinta suami org,kami 1 opis dan dia adalah bos saya...hubungan kami terjadi dengan tidak disengajakan,kerana saya amat simpati dengan dia sebab satu opis mengatakan yg isterinya sakit barah hanya menuggu saat2 akhir,,, entah mengapa sejak itu hubungan kami semakin rapat....
pada satu hari ada seorang perempuan call saya mengatakan dia adalah isteri bos saya,hampir luluh jantung saya kerana kami sudah merancang untuk kawin pada bulan 4 nie...
saya makin buntu...tak tahu nak buat apa2...apa yg perlu saya lakukan, tolonglah saya...

Tanpa Nama berkata...

skrg pun sy msih lg da hubungan dgn suami org tp dia yg tpu sy pd awl lg..dia ckp dia blm bkahwin.

Tina berkata...

as salam,
saya pula tengah bingung skarang ni memikirkan kakak saya yang tengah kemaruk dgn suami orang.Hubungan mereka suda berlanjutan selama 4-5 bulan.Isteri dia pernah dtg ke rumah dan cakap baik2 dgn kakak saya.tapi kakak saya tetap berdegil..dia cakap,dia sudah terlalu mencintai lelaki tu.Keluarga saya menentang habis-habisan.Kalau lelaki tu kaya dan mampu,mak saya pun tak la kesah sgt..yela,daripada diorang melakukan maksiat,lebih baik kawin.tapi masalahnya lelaki tuh orang susa..isteri dia pun kerja sampai ke mlm untuk menyara kluarga..dan dua orang anak.Menurut isterinya,suaminya bukannya berhubungan dgn kakak saya saje,tp ada 2-3 orang lagi pompuan lain.

Baru2 ni dia tulis surat dgn mak saya,mengatakan dia terlalu cinta dgn lelaki tuh..dan dia kata mak saya tidak memahami dia.Boleh2 nya dia pandang buruk dgn mak saya hanya kerana lelaki tuh.Saya kecewa sangat.Lepas tuh,mak saya pun dah malas nak fikir..so,mak saya kata "ok,klu kau nak kawiin jgk dgn dia,pegila..nikahla..jalanilah kehidupan yang kau pilih itupun klu isteri dia setuju".

mak saya terpkasa buat keputusan begitu sbb dia ugut nak kawin lari dgn lelaki tu.Malu besar keluarga kami kalau betul dia buat begitu.Tapi takde plak respon dari lelaki tu kalau pasal kawin..nampak sangat dia tak sungguh2 dgn kakak saya tp sebaliknya.

Saya taknak keluarga saya berpecah belah hanya kerana seorang lelaki.Ya Allah,berilah kakakku petunjuk dan hidayah.Aminn...~

Tanpa Nama berkata...

saya pun dalam dilema.. company saya nie ada bos baru.. dia ckp dia suke saya since first day dia tgk sya... dia baru jer lepas kawen lagi sekali selepas cerai..

Tanpa Nama berkata...

dia ckp dia sgt suke kat saya... setiap hari dia akan perhatikan gerak geri sy... even sy penah cium dia dua kali sbb saya gembira bila dia bersama saya... dia seorg pendengar masalh yg sgt baik. sy xtau ape yg saya buat nie btl atau salah.. tetapi setiap kali dia disisi sy amat gembira.. msalah yg paling teruk sekarang umur dia 15 taun berbeza dan membuatkn saya terfikir...

Tanpa Nama berkata...

salam.....
saya juga slh seorang yg terjerat dengan percintaan suami org,sedangkan kami berdua masih muda.saya langsung xmenyangka umur semuda dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.saya tinggalkan dia,tapi dia tetap mencari saya,saya sendiri tidak tahu apa yg dia inginkan dari saya. kadang-kadang rasa bersalah sebab saya masih sayang kan dia,tapi saya bermohon agar Allah kuatkn keimanan di hati ini,supaya saya tidak terus terjebak dengan rayuan manis nya.saya kasihankan isteri dan anaknya,dan x mungkin lelaki itu mampu memberi kebahagiaan kepada saya....

Tanpa Nama berkata...

sy pn ada mslh yg sama bercinta dgn suami org.tp sy nmpk ksungguhan dia nk kan sy.tp sy sndri tak psti sama ada bnda ni btl atau tk.sy sgup tglkn bf sy yg btl2 cintakn sy.bodohnya sy..kalau sy tau dr awal lg dia suami org,sy tkkn nak kt dia..dulu masa sy knl dia,dia senang,byk duit,tp tu bkn penyebab sy cintakn dia.dulu dia buat sy mcm ptung.dia akn cri bila dia sunyi or bosan.kdg2 3 bln skali bnda ni blnjutan slme 1thn lebih.tp bila sy exident baru2 ni dia jd brubh.wlau sesaat pn dia tkot utk tglkn sy.dia brubh skelip mata dan bgitu mghargai sy.lg pula sy dpt tau dia kecewa dgn gf dia.dia tk jd kawin sbb gf dia tipu dia mcm2.wife dia pula dpt tau psl hbungn dorg n gaduh sakan.bisness dia pulak jatuh lpas smua tu jd.skrg dia dtg kt sy balik dan mnyesal sia2kn sy dulu.puas sy tepis tp akhirnya sy tewas.ari2 dia kluar dgn sy n amek brt sgt2.sy sndiri kliru dan tk tau apa ptt sy buat sbb sy btl2 cintakan dia.

Tanpa Nama berkata...

dalam sy nk mncari2 dlm google ni,sy rsa terpanggil untuk komen dalam laman ni.cerita pasal hubungan dgn suami org ni,sy pon ada pngalaman yg sampai sekarang saya sendiri confuse..sy confuse sama ada sebenarnya saya ada perasaan dgn si dia atau x.yg membuatkn bertambah confuse,suami orang tersebut ialah BOS sy sndiri..pada mulanya,saya mmg anggap dia tu majikan saya tp lama kelamaan jadi complicated pula...xtau la kenapa si dia memberi perhatian lebih (selalu ajak keluar,selalu telefon)daripada rakan kerja lain sampaikan isterinya sendiri syak sy..hm,anggap jela dia perlukan kawan untuk bersembang..boleh x mcm tu?:)

Tanpa Nama berkata...

dah tahu suami orang, isteri orang nape nak teruskan???
fikirkan masa depan.mana amanah kita? syaitan kerja dia nak sesatkan manusia, buat kerja2 terkutuk.."janganlah kamu menghampiri zina" ayat ini dah terang...cubalah berpuasa, istighfar, doa kat Allah agar tidak menzalimi diri sendiri. sesal kemudian tak guna dah!

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pendapat mengatakan suami orang hanya untuk sex..setuju 100%. Mereka hanya perlukan sex sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Jauhkan diri dr suami orang....cinta nafsu semata...sayangi diri anda...bertaubat la sebelum terlambat...

rania berkata...

Sysy antra perempuan yg bcinta dgn laki orang dan alhamdulillah dia x seperti lelaki diatas.hubungan yang saya jalinkn bersama dia diketahui keluarganya dan keluarga isterinya dan alhamdulillah keluarganya dapat menerima kehadiran sy.sekarang hubungan kami dah 8 tahun..bergaduh tu biasa.kami pernah dilanda badai ada pasang surut.tpi insyaallah sy berharap hubungan ini diberkati..aminnn

Tanpa Nama berkata...

X semua suami org tu cinta nafsu sex semata2..
Sya jg terjebak dlm kes ini..bercinta dgn suami org hampir 2 thn..
Dari sya hbs stdy smpi skrg ne..smua pbelanjaan d tanggung oleh suami org sbb cint dia bkn cnta sex mata2..sya redha kalo jodoh sya suami org..yg penting dia adil zahir dan batin..sya taw tdk smua prmpuan boleh terima dimadukn..namun apa daya kalo sudah syg..dia syg isterinya sama sprti dia menyayangi sya..syukur alhamdulilah..

Tanpa Nama berkata...

pengalamn yg sukar dilupakan...

Tanpa Nama berkata...

Sy knl dgn laki ni di wechat, bujang n 2thn lbh tua.. Last2 kami bercinta n ada kdg2 tu msg2 yg berunsur 18sx.. 2bln bercinta akhirnya kami jmpa in person.. Dia pnh mnta sy puaskn dia (oral sex) sbb dia xpnh rasa so tringin nk rasa tp alhamdulillah bnda tu xpnh berlaku.. Last2 sy dpt tahu dia dh kwen bila is3 dia yg curi rply msg sy..dh ada ank sorg..rupanya dia 8thn lg tua dr sy n dh 6thn kwen..sy crita smua kt is3 dia smpaikan is3 dia lari rmh smata2 nk ajar dia..skrg pn msh contact is3 dia..dia smpai sujud kt kaki is3 bila is3 mintk cerai..sbnrnya dr awl kawen lg laki ni dh buat hal mcm ni..n sy mangsa ke 30lbh..to girls,jgn abaikan naluri anda..smpai skrg yg xlh maafkn laki tu..hrp dia trima blsn yg stimpal

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum...saya mengalami situasi yang sama dgn saudari...bercintavdgn suami org....saya masih belajar dan dia pun masih belajar...pada awal perkenalan saya dan dia..dia memberi tau kepada saya...dia telah beristeri dan sudah ada anak tiga orang...pada masa tersebut...saya tidak rasa apa2 kerana saya tidak mempunyai perasaan pada dia...saya mengelak dan terus mengelak....dr bertemu dan mendekati dia..krn sy tidak mahu menganggu hubungan dia dan keluarganya dan saya tidak mahu jatuh cinta pada dia tetapi dia semakin hari mendekati saya...mencari saya...akhirnya saya jatuh cinta pada dia....sy skrg tgh serabut sama ada nak teruskan hubungan dgn dia atau tidak...tlglah sy

Tanpa Nama berkata...

salam,hye all,sy ingin berkongsi pengalaman sy.sy jatuh hati pd suami org.lelaki itu stu tmpt kerja dgn sy,tp lain2 ofis.kami kenal sudah taun lbih.tetapi bru2 ini kami mnjadi lebih rapat,slps kali ptama kami kluar bsama.lama2 hubungan tu mnjadi lbih rapat.kami selalu mngungkap kata cinta.dan kami selalu keluar bersama,mkn2 dan sbgnya umpama die org bujang.sy sdar die suami org,tp dsebabkan layanan yg sungguh baik dan sifatnye yg ckup matang mmbuatkan sy tergoda utk truskan hbungan.isterinye dpt mnghidu hubungan kami dan mnghantar sms kpd sy supaya jauhkan diri dr suaminya.sy buntu.sy tdak mahu mruntuhkan hubungan mrk tp pd masa yg sama sy tdak mahu khilangan.sy da cuba berkali2 utk tdak mlayan dan berhubung dgn lelaki tersebut.ttp kesudahan nye sy kecewa dan sedih.sy tdak mampu.sy dpt tau isteri die sarat mngandungsy konfius samada die sygkan sy atau hnye permainan die smata2.sy buntu.pd hemah sy,jika kte tau seseorg itu sudah berkahwib eloklah kte jaga tahap pergaulan kte.jgn lebihbih2.sy mnyesal sgt2 skarang.susah utk mnjadi spt sdia kala. :(

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.