Shah, yang pernah singgah dihatiku

Share on Tumblr Petang itu, tika aku minum di geraimu, kau menghulurkan salam perkenalan. Ikhlas aku menyambutnya walau dipandang sinis rakan sekuliahku kerna kau hanya seorang peniaga roti canai. Namun bagiku, kau dan aku sama sahaja. Tiada bezanya. Dan bermula detik itu, kita akhirnya ditakdirkan jatuh cinta!

Hati budimu menenangkan jiwaku yg sentiasa ketandusan kasih sayang. Wawasan dan pengetahuan luas dirimu turut kukagumi kerna sering melangkau pengetahuanku sendiri. Aku kadangkala jadi malu kerana walaupun bergelar pelajar IPT, ilmuku tidak setanding dirimu. Paling menyentuh hati, kau begitu berhati2 dalam pergaulan agar tidak melangkau adat dan agama serta kau tidak pernah merendahkan diriku. Sesungguhnya, kaulah sumber inspirasiku…

Akhirnya dapat kutahu bahawa kau juga berpendidikan hingga ke menara gading walaupun kau cuba merahsiakan. Kerana sikapmu ingin berdikari, kau tidak malu untuk bergelumang dengan uli dan tepung sedangkan kau boleh saja menikmati suasana nyaman bilik berhawa dingin! Katamu, kejayaan yang tulen bermula dari bawah. Kau merancang wawasan tersendiri untuk mengukir kejayaan.

Tapi…segalanya bukan kita yg tentukan…Tak disangka, keluargaku menentang hebat hubungan kita dengan alasan ketinggalan zaman…Tidak setaraf! Keluargaku juga telah menentukan pasangan hidupku..Aku panik dan cuba sedaya upaya untuk melembutkan hati mereka tetapi tetap gagal. Sebaik tamat pengajian, aku dipaksa kembali ke kampung dan tidak lagi dibenar bertemu denganmu. Kawalan keluarga membuatku tidak berupaya. Jiwaku terseksa bagaikan dibelenggu rantai!

Shah, kumenangisi perpisahan itu dan kutahu kau juga kecewa dan merana. Setahun kita berjauhan, aku mendapat khabar kau ditunangkan dengan pilihan keluargamu. Maafkan aku, Shah..Aku tahu bukan kau tak setia tetapi akulah yang bersalah kerana gagal menyakinkan keluargaku untuk menerima dirimu…..

Nukilan : Teratai Shah, yang pernah singgah dihatiku

4 Komen:

lelakisetia berkata...

Kadang2……….. keluarga memang kejam………… kita sudah besar panjang…………. itu pun masih nak tentukan siapa pasangan kita……………….. sungguh kampung dan narrow minded…………… tapi apa nak buat……………… dah cara rakyat malaysia ramai yang macamtu………….. kita harus bersabar………………. tetapi kalau saya……………… saya akan tetap dengan keputusan saya……………. keputusan kita hak kita………………

Tanpa Nama berkata...

lelaki setia.. keluarga yang membesarkanmu bukankejam namanye kalau selama ini mereka menjagamu sehingga kamu menjadi manusiadan boleh berdikari seperti sekarang..ingatlah TUHAN MAHA ADIL..fikirlah secara matang pikir apa perasaanmu apabila anak yang kau didik dengan kasih sayang lakukan apa yang kau lakukan.. fikirlah...

B3rrY berkata...

keluarga jgn disalahkan yg penting kita pandai tanganinya...
Shah jugalah yg telah hancurkan hatiku setelah berjaya memilikinya...
Kenapa dgn nama Shah????? arghhhhhhhhhhhhhh

Taken by Ayie berkata...

keluarga bukan kejam tetapi mereka hanya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka...andai kita mampu menyakinkan hati mereka dengan pilihan kita,nsya-allah mereka dapat terima pasanagan kita seadanya dia... :)
keluarga bukan kejam....tanam itu dalam hati... :)

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.