Panduan Mengatasi Kegagalan Dalam Exam

Share on Tumblr Perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, berkata pada asasnya, ada empat asas kegagalan pelajar dalam peperiksaan iaitu gagal mencapai kecemerlangan (keseluruhan A) biarpun sudah berusaha gigih, gagal kerana langsung tidak berusaha, gagal dalam akademik tetapi cemerlang di bidang lain seperti sukan dan gagal kerana disengajakan untuk menunjukkan protes terhadap sesuatu.

Berikut panduan yang boleh direnung untuk mengatasi kegagalan dalam peperiksaan: Pelajar perlu jujur dan ikhlas dalam menganalisis punca kegagalan berkenaan. Jangan menyalahkan orang lain, sebaliknya tanya pada diri sendiri punca kesilapan.

Jika pelajar mengalami kegagalan biarpun sudah berusaha gigih, ia mungkin berkaitan dengan sikap terlampau yakin yang mendorong kepada kecuaian ketika menjawab soalan.

Jika mengalami kegagalan dalam peperiksaan yang berkaitan dengan kesilapan teknik menjawab soalan, pelajar perlu mengikuti lebih banyak kem motivasi dan cara menjawab soalan dengan betul.

Pelajar terutama remaja perlu belajar untuk menerima kegagalan dengan hati yang terbuka kerana jika enggan menerima kenyataan berkenaan, ia boleh mendorong remaja untuk melakukan perkara di luar kewarasan fi kiran.

Belajar untuk terima sesuatu kegagalan berkenaan sebagai batu loncatan untuk lebih berusaha pada masa depan dan bukan menjadikannya sebagai batu halangan untuk berjaya.

Belajarlah daripada kesilapan yang dilakukan. Sempena tahun baru ini, tanamkan azam untuk mula berusaha dari awal tahun lagi dan bukan menunggu untuk mengulang kaji pelajaran pada saat akhir.

Sebagai insan biasa, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kita perlu menerima hakikat bahawa boleh berusaha sedaya upaya tetapi akhirnya terserah juga kepada Tuhan untuk menentukannya. Panduan Mengatasi Kegagalan Dalam Exam

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.