Tanda Cinta Berakhir

Share on Tumblr Sekiranya kamu berasakan hubungan sudah ‘gawat’, cuba lihat tanda-tandanya, supaya kamu tahu apakah hubungan itu masih mampu diteruskan atau tidak.

1. Bila nombor telefon rumah atau handphone si Dia berubah.

Sudahlah begitu, kamu tidak diberitahu sama sekali. Di nombor lama, kamu cuma mendengar voice mail yang mengatakan bahwa nombornya sudah berubah.

2. Dia tidak lagi mencari kamu.

Kalau dulu setiapkali ada waktu terluang, ia selalu mencari-cari waktu berduaan dengan kamu, sekarang si dia lebih suka menghabiskan waktu terluangnya dengan orang lain atau teman-temannya.

3. Dia pindah rumah … tanpa memberitahu kamu

Alasannya, ‘lupa’. Hmmm, ini kamu harus tanya, “Lupa atau buat lupa ?” Ini tanda yang cukup berat, bererti si dia tak mahu berurusan lagi dengan kamu.

4. Bersikap Tidak Peduli Lagi.

Tiba-tiba saja si dia tak peduli lagi, kalau kamu merajuk serta tak menaruh perhatian terhadap apa yang kamu (tidak) sukai, dan apa pun yang kamu lakukan.

Pendeknya, kamu kamu mahu berontak pun, dia tetap tak peduli.

5. Foto kamu hilang.

Foto kamu yang selalunya berada di dompet, di meja belajar/kerja, atau di kamarnya sudah tiada lagi Ah, kalau begini, foto kamu tidak bererti apa-apa lagi, selain nostalgia di dalam laci atau di kotak kasut.

6. Dia lebih senang keluar bersama teman-temannya.

Ciri-ciri ini sudah sangat jelas , mana ada kekasih yang lebih suka menghabiskan waktu dengan teman-temannya sendiri berbanding dengan buah hatinya?

Sedarlah, kamu bukan lagi Nombor Satu dalam hidupnya.

7. Dia ‘lupa’ hari jadi kamu.

Dia tidak lagi ambil berat tentang hari-hari istimewamu. Malah hari jadi kamu yang dulunya disambut dengan penuh istimewa tidak lagi dia ingat. Itu tandanya dia sudah jemu atau bosan dengan kamu.

8. Dia banyak mendiamkan diri

Si Dia yang periang dan lucu tiba-tiba menjadi pendiam dan membosankan ketika bersama kamu. Malah dia lebih suka menyendiri dan jarang berkomunikasi dengan kamu walau melalui telefon. Kamu yang penat menelefon dia tetapi dia tidak pernah mahu menelefon kamu lagi.

9. Dia sudah punya kekasih baru.

Mahu ditunggu apa lagi? Adakah kamu mahu dimadu? Lupakan saja dia dan carilah orang lain yang lebih menghargai kamu dan mencintai kamu .

10. Dia berterus-terang mengatakan segalanya sudah berakhir.

Kalau hubungan ini secara jelas disebut sudah berakhir oleh kekasih kamu, ertinya memang sudah berakhir. Si Dia terang-terangan menunjukkan minatnya terhadap kamu sudah tidak bererti apa-apa. Lebih baik berundur dari terus merayu agar hubungan itu diteruskan. Tanda Cinta Berakhir

11 Komen:

akmal berkata...

biasalah... hati dan jiwa manusia suka sangat tukar selera....

tiara berkata...

susah nak percaya cinta nie

Tanpa Nama berkata...

laki mmg cmtu...................

Tanpa Nama berkata...

lelaki tk pnh memahami hati kekasihnya.lelaki sng je ckp nk pts lh apelh,tp pompuan akn sdh sendirian lelaki tk th pn.sbb tu sy tk nk couple,ia akn myusahkn sy.

Tanpa Nama berkata...

bila cinta telah hilang... segalanya bosan di matanya.. bagi dirinya kekasih hanya merimaskan.. membosankan... title 'kekasih' hanya utk mengaburi rakan-rakan.. huhuhu.. apakah aku yg bersalah..:(

arien berkata...

aku pun bernasib yang sama. lelaki ni amik mudah je. nak beli kereta besar sanggup berusaha cari deposit. tapi kalau duit nak kawin macam-macam alasan... aku pun sedih

Tanpa Nama berkata...

betol sgt2 love suck

atyn berkata...

kalau siDIA taknak pujuk kite mase kite merajuk, ape tande nye eh?

Tanpa Nama berkata...

ramai yg salahkan lelaki, perempuan pun ada yang mengecewakan jugak..bukan nak mengungkit tapi lelaki dah berhabis beribu ringgit..last2 bila buat hal skit je..perempuan cakap kita kawan2 je dulu..kalau ada jodoh adalah..

Tanpa Nama berkata...

haha,pompuan pn sme jgak..

terapi skoliosis jakarta berkata...

wah sedih ya

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.