Puisi Untuk Erra Fazira ~ Engku Emran

Share on Tumblr Aduhai lelaki
akhirnya engkau tiba
menjadi wira di hati
mencuri mimpi buruk masa lalu
menghilang curiga jauh ke aspal sejarah

Hadirmu menjelma bahagia
ceria bertamu di desah nafas cinta
aku tahu kau yang terbaik
dan satu kumahu
akan kekallah ia selama-lamanya

Engkau lelaki itu
dan akulah perempuan yang satu
di pelamin cinta kita bertemu
sampai ke penghujung nyawa bersatu

Tuhanku
biar tersepuh dek masa
biar tercanai dek pancaroba
biar dibadai dek gelora
panjangkan kasih sayang ini
satukanlah hati kami ke destinasi abadi

Nukilan:
Tengku Khalidah Tengku Bidin (TKTB)
20 Oktober 2007 Puisi Untuk Erra Fazira ~ Engku Emran

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

bestnye puisi nie!!!!!!!!!!!

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.