Nilai Kasih Ibu

Share on Tumblr Ini adalah mengenai nilai kasih ibu…

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : $17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerungsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,”Saya Sayangkan Ibu”.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada mukasurat yang ditulisnya. Nilai Kasih Ibu

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

kasih ibu tiada tandingan..

farhan@kc berkata...

wahai anak2..
jgn lah kamu terlalu berkire dgn kedua orang tua mu..
kasih mereka sampai mati...

Tanpa Nama berkata...

jgn la sskali sbagai ank mnyakitkn ati ibu..ingat lah stiap pngorbanan yg tlah ibu crahkn kpd kita dri kcil sampai besar krna kasih ibu tiada tndingan

Tanpa Nama berkata...

sayangilah ibu selagi die masih ada...
ibu begitu berharga di mata ku..

Nurul Aisyah Ab Aziz berkata...

sygilh ibumu slagi beliau masih boleh dilihat oleh mate kasar...
dan jgn pernah anda menyesali atau mengenang kisah lme ktike bersme beliau dahulu apabila kte tidak dapat menyentuh dan melihat org yg kte cinta itu lg...
pesanan ini sye tujukn utk semue yg ingin membacenye & utk diri sye juge...

Tanpa Nama berkata...

sayang mama
:'(

Sheema'Qis Rahman berkata...

mak...terima kasih atas segala-galanya...pengorbanan mu tiada tandingan..i luv u mom...mmuuuahhh....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.