Cinta Lama Biarkan Berlalu

Share on Tumblr Jika ada, itu namanya cinta. Cinta suatu elemen hidup yg amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorg itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka org yg sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka org yg sudah kerepot sudah tiada cinta.

Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya.

Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujurannya.

Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yg kondusif dan eksklusif, tersendiri amat.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah * saudari/saudara * sekarang? Apakah * saudari/saudara * juga sering teringatkanku sebagaimana saya sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorg dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yg pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.

Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang.

“Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH”. An-Nisa: 34.Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dngan usia yg kian bertambah.

Wallahualam….

Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj Cinta Lama Biarkan Berlalu

6 Komen:

Tanpa Nama berkata...

i love this..so miserable..

Tanpa Nama berkata...

mcm man ek kalu seorag guy ni bkias ek.? mksd nya mcm dia nk bg hint dia nk kt kita blik..
sy sbnrnya xnk pk bnd ni tp sy tetanya2..,
sy nk tau ap mksd d sebalik kiasan nya..
tentang kek..dia crita dia nk cr sombody tuk wat kek...pas tue dia nk msk kek 2 sama..,dan nak nikmati kek tue sama2 ngn sombody...
ok secara logiknya,kl nk wat kek mst ada bhn2 nya kan..mst tau sukatan nya kan..dan nk wat kek plu kan kesabaran kn..?mst kn wat kek tue bkali2 kan,br dpt kek yg tbaik..boleh ke diibaratkan adunan tuk wat kek td,diibaratkan cabaran dan dugaan dlm pcintaan...pas tue kek tbaik diibaratkan pcintaan yg kukuh dan bjaya...logik x..kompius la sy..huhu..

hizal berkata...

indahnya masa dahulu....

Abg 75 berkata...

Sayang... terima kasih kerana mengajar ku
erti cinta dan kehidupan
biarpun bertahun berpisah namun hingga kini
aku masih mengigati mu..
semoga diri mu bahagia di samping insan tercinta.

Ku imbas kembali kenangan silam ku..
aku seorang berjiwa black metal(ganas gila)
tak main-main la jiwang(buang karen aje)..
tapi sejak ku mengenali mu
pada mulanya biasa aje(masih menjiwai black metal)
dengan keramahan mu...engkau mengajar ku erti teman
apa jua masalah ku engkau sanggup berkongsi
terasa hati begitu indah dan aman bersamamu..
lama kelamaan hati ini terasa satu gelora
rindu dan sayang padamu..
hati ini resah bila tiada bersua
hati ingin memiliki mu..
dan engkau menerima ku seadanya..
alangkah bahagianya aku ketika itu.

Dari hari ke hari
aku ingin melamarmu tapi kata mu belum masanya lagi..
tanpa diduga engkau
dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading
pada perpisahan itu kata mu agar
aku jangan berharap pada mu dan
carilah insan yg dapat menbahagiakan ku..
dan tiada khabar berita darimu sejak itu...
satu hari aku dapat khabar dari teman lama ku
yang engkau telahpun berkhawin..
alangkah sayunya hati ku pada ketika itu..

Apapun jua bagi ku tak mengapa..
semoga dikau berbahagia............
jika ditakdirkan kita bertemu
izinkah aku ucap terima kasih dari hati ku ini...
hingga saat ini diriku sendirian
menanti bilakah cinta sejati dari insan hawa..

Tanpa Nama berkata...

hmm...syahdu banget deh!!! memory will never returnback...

Tanpa Nama berkata...

Cinta indh skali
padamu sayangku
tp engkau pergi jua
disaat aku sdng rindu
betapa siksa rasanya aku
bila kutahu kau bersama yg lain
mengapa
semua ini mesti terjadi
disaat aku amt perlu kamu
duhai sayangku
suami yg amt kucinta
tak mungkin akn ada cinta
lain selain pdmu ..hubby
kembalilh
pdku yg amt rindu
kembalilh
aku sngt rindu sayangku

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.