11 Tip Bekerja Sambil Belajar

Share on Tumblr Oleh Fairuz Zaidan & Diyanah Anuar

SERING kali kedengaran kenalan di tempat kerja merungut kepenatan sejurus bekerja seharian. Begitu jugalah keadaannya di kalangan pelajar yang sedikit tertekan untuk menyiapkan tugasan pensyarah. Namun, terfikirkah anda bagaimana sesetengah mereka yang bekerja menyahut cabaran dengan untuk menyambung pelajaran?

Bayangkan, selepas tamat waktu bekerja mereka tidak seperti teman-teman lain yang mungkin menghabiskan masa di restoran mamak, tidak pun memenuhi agenda lain di pusat beli belah dan kemudiannya pulang ke rumah untuk merehatkan minda serta bersama keluarga.

Mereka yang menyambungkan pelajaran pula terpaksa mengenepikan kesemua itu dengan bekerja keras di institusi pengajian tinggi (IPT) semata-mata untuk menggenggam segulung ijazah yang bukan saja meningkatkan kualiti kehidupan malah memberi impak besar dalam kerjayanya.

Bagi yang masih bujang, mungkin bebanan untuk melakukan dua tugas itu serentak tidak memberikan banyak kesan, tetapi bagaimana yang sudah berumah tangga, apatah lagi untuk membahagikan masa bersama suami atau isteri, anak-anak dan hal ehwal keluarga.

Mengapa segelintir masyarakat sanggup melakukan dua perkara serentak, sedangkan mereka mungkin sedar bebanan tugas lebih besar berada di bahu mereka? Apatah lagi, bila memikirkan rutin yang diharungi memakan masa agak lama sehingga lima tahun.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang individu untuk menyambung pengajian walaupun sudah bekerja. Faktor utama yang sering ‘memaksa’ seseorang untuk mendapatkan kelulusan pengajian yang lebih tinggi adalah kerana gaji. Sebahagian besar majikan, baik di sektor kerajaan ataupun swasta meletakkan kelulusan pendidikan sebagai kriteria penting dalam menentukan tangga gaji.

Selain itu, kenaikan gaji juga masih lagi bergantung kepada pencapaian akademik bukan kerana pengalaman dan prestasi bekerja menyebabkan pekerja yang bergaji rendah tiada pilihan lain selain terpaksa berkorban sedikit masa dengan belajar selepas waktu pejabat.

Bukan sekadar faktor gaji semata-mata, kebanyakan individu merasakan pengajian yang mereka ikuti itu sedikit sebanyak dapat menambahkan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya mereka. Benar, jika kena dengan caranya, tanggungjawab ini dapat mengasah kecekapan dan membentuk disiplin seseorang.

Malah, ada juga rakan pejabat yang memilih untuk menyambung pengajian semata-mata tidak mahu berasa ‘terkebelakang’ dengan rakan sekerja yang memiliki kelulusan tinggi. Ini sedikit sebanyak memberikan cabaran buatnya untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

11 Tip Bekerja Sambil Belajar
  • Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir (deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan ia di tempat yang dapat dilihat.

  • Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca atau mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.

  • Pastikan semuanya dilakukan secara seimbang. Bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.

  • Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja, beritahu kepada pensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.

  • Sentiasa ingatkan diri anda apa kebaikan pengajian yang anda ikuti itu untuk masa depan anda. Dapatkan sebab yang kukuh untuk mengikuti kursus yang anda pilih. Jika alasan atau sebab anda menyambung pengajian itu lemah, ia mampu mengganggu motivasi anda untuk menghadapinya.

  • Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda. Menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu.

  • Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa. Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.

  • Wujudkan tempat bekerja yang dapat membuatkan anda berasa selesa. Gunakan apa-apa kaedah yang membantu anda untuk fokus, contohnya jadual, kata-kata semangat yang ditampal di dinding, tulisan dengan pen berwarna-warni, peta minda atau bungaan di meja kerja anda.

  • Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji. Segelintir individu lebih gemar memilih waktu awal pagi.
  • 11 Tip Bekerja Sambil Belajar

    9 Komen:

    NIMI♥ Co. berkata...

    yes yes...
    situasi ni same ngan saya..
    lepas keje trs gi blajar tapi saya rase beshh sgt takde r boring..
    sebaliknyer kalau cuti sem, saya sure2 taks br nk start sem baru..

    NurSyuhada Ibarhim berkata...

    saya bakal mnyambung study sy..dalam masa yg sama sy harap kerja saya tk ad trambai..sy harap sy akan dpt dapati cabaran ini...

    Tanpa Nama berkata...

    saya bakal hadapi situasi yg sama..tapi saya masih tidak pasti mampukah saya manghadapinya........

    Tanpa Nama berkata...

    saya bakal bercadang untuk melakukan hal ini....ap yg sy amalkan usaha,berdoa dan tawakal....sebab smua perkara adalah ibadah. siapa mengejar akhirat, dunia akan mendatanginya.....=)

    Tanpa Nama berkata...

    saya pun bakal menggalas tanggungjawab ini x lama lagi...seorang Isteri+Ibu+Kerja+belajar..
    harap ku boleh!!
    MESTI BOLEH!

    Tanpa Nama berkata...

    sy akan mendaftar menjadi student pd 4/4 ni tapi.. dlm fikiran sy adakah sy mampu utk mengalas tugas ini.. sy takut separuh jln. sy dh siap kelegkapan n sattle dah yuran.. sy sebenarya x ada kwn utk teman.. itu sbb sy rasa mcm nervous.. ada x cara utk mengilanglan perasaan ini. ??... sy ingin ubah hidup sy menjadi insan yg berguna..

    salmizah berkata...

    bila ramai kawan2 ofis dan kwn2 satu u sambung study dan dalam ms yang sama bkeja jugak...wife,ibu lagi tu rsnya kalau diri sdiri mcm tu boleh ker ya..... kena fikir beribu2 kali..takut xde ms utk ank2..

    Tanpa Nama berkata...

    Saya adalah student pjj dan bekerja selama 18 th. Diam tak diam saya dah masuk semester akhir. Pengurusan masa sangat penting memandangkan saya juga adalh guru th 6 yang sibuk dengan kelas tambahan petang dan malam. Assigmnt dan forum pula melambak. Utamakan suami dan anak serta keperluan mereka. Kdg2..pkul 11.00 mlm br dpt sambung buat assgmt. Ada kalanya kerja kerja sekolah jugak dibawa ke rumah. Yang penting pengurusan masa dan banyak berdoa supaya lancar segala urusan. Robbiyassir..walatuassir..robbitammimbilkhoir.

    Che Ahmad berkata...

    Terima kasih atas tips yang diberikan. Saya juga sedang belajar separuh masa dan berkongsi sedikit tips di blog saya. Semoga mendapat berkat.

    http://cheahmad.blogspot.my/2017/08/tips-belajar-paling-berkesan-untuk.html

    Selepas Baca, Sila Komen

    Artikel Terkini

    Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.