Sengatan Asmara Terlarang, Bekas Kekasih!

Share on Tumblr Wanita yang matang biasanya pandai menguruskan perasaan. Kekuatannya terletak pada keyakinan diri bahawa dia tidak akan mahu larut dalam emosi negatif yang merosakkan peribadinya. Isteri yang solehah faham dan yakin hanya suaminya sahaja yang berhak atas hati dan cintanya. Satu untuk selamanya, dunia dan akhirat. Walaupun sang suami bukan cintanya yang pertama tetapi biarlah cinta anda yang terakhir hanya untuknya. Jika bekas kekasih hadir lagi mengisi ruang hidup anda, bagaimanakah cara menguruskan hati dan perasaan agar kesuciannya dapat dijaga?

1. Jangan sesekali berikan peluang memori indah mengelabui perasaan anda

Sesungguhnya syahwat yang menyengat hati itu lebih ganas daripada sengatan kala yang berbisa. Wanita sememangnya memiliki perasaan yang jauh lebih halus berbanding lelaki. Di sudut hatinya pasti tersisa kenangan manis ketika masih bersama kekasih pertama. Hal ini tidak mungkin dapat dinafikan, namun anggaplah ia sebagai suatu mimpi yang sememangnya bukan realiti. Sesiapapun boleh hadir di hati anda tetapi hanya anda yang memegang kendali ‘hati’ anda sendiri bukan lelaki itu. Jika lelaki itu menganggu perasaan anda setiap hari mungkin hati akan tercedera, sakit dan lemah. Akhirnya anda akan menuruti syahwat yang keji . Apa pun kita boleh mengatasinya dengan perawatan hati yang lebih intensif. Cuba mengubati hati anda dengan mengingati Allah SWT, berdoa sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW : “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati hamba di atas jalanMu”

Kemudian berikan hati ubat pelali daripada sengatan asmara terlarang. Apakah ubatnya? Sibukkan hati anda dengan ibadah. Berpuasa boleh melemahkan otot-otot syahwat yang tegang. Sembahyang yang khusyuk boleh menjadi meditasi terbaik untuk melenyapkan kotoran yang keji dalam hati. Jika anda mahu terlepas dari memori asmara terlarang itu, jangan biarkan ia mempengaruhi perasaan anda kerana sehebat mana pun pujuk rayunya, jika anda tidak melayan , dengan izin Allah ia takkan menjadi.

Jadi, jangan layan! Ramai lagi orang yang rindukan layanan anda. Tumpukan hidup anda untuk kerjaya, suami dan anak-anak tercinta.Itu semua sungguh menyibukkan hari anda. Jadi, mana sempat untuk melayan memori asmara yang sudah basi!

2. Ingatlah kemanisan cinta suami yang telah lama membina impian bersama anda

Bangkitkan suasana romantik dengan suami, pergi bercuti untuk honeymoon agar perasaan cinta anda berdua semakin kuat. Jangan sesekali membandingkan suami anda dengan bekas kekasih. Jika anda lakukan itu, sebenarnya anda telah membuka satu pintu untuk si penceroboh masuk ke laman hati anda.

Isteri yang kerap menyebut kekurangan suami pada hakikatnya dia telah membutakan matanya sendiri. Mungkin banyak kelemahan suami anda tetapi jangan lupakan kelebihan dan kebaikannya yang lain. Misalnya suami anda jenis tak pandai nak memujuk atau kurang romantik, tetapi selama ini dia sanggup menjaga dan melindungi, memberi kehidupan yang selesa untuk anda dan anak-anak . Jika bekas kekasih anda pandai memuji, memujuk dan merayu, belum tentu dia sanggup berkorban sepertimana pengorbanan suami yang telah pun terbukti pengorbanannya sepanjang perjalanan rumahtangga anda. Isteri pasti menyimpan kenangan indah sewaktu berkenalan dengan suaminya dahulu.Yang manis elok diingat, yang pahit jangan sesekali diungkit.

3. Kemanisan

Mengapa Allah SWT menjadi anda berdua pasangan yang serasi? Kerana kelemahan anda menjadi ‘tarikan’ bagi suami untuk menguatkannya dan begitu pula sebaliknya. Oleh itu anda dan dia sentiasa saling merangsang dan tarik-menarik ke arah medan magnet cinta. Hiduplah dengan gembira di atas kelemahan dan kelebihan yang dianugerahkan Tuhan. Semua itu sebahagian daripada kemanisan bercinta.

Wanita yang beriman kepada Allah SWT dan setia kepada suaminya berhak ke atas semua pintu syurga apabila dia sanggup menjaga diri dan maruah seperti mana janji dan jaminan dalam sabda baginda SAW yang bermaksud, ” Apabila seorang wanita solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, memelihara kemaluan dan kehormatan dirinya dan mentaati suaminya, maka dia berhak masuk ke dalam mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Jangan biarkan hati isteri yang solehah dikotori oleh khayalan tentang bekas kekasih. Hati biarlah suci kerana di situlah jatuhnya pandangan kasih dan rahmat Allah.

Moral: Sayangilah suami dan keluarga anda. Jangan biarkan keutuhan rumahtangga anda diganggu oleh kenangan-kenangan lama anda dengan bekas kekasih.

Oleh: Dr Haji Juanda Bin Haji Jaya Sengatan Asmara Terlarang, Bekas Kekasih!

3 Komen:

putri berkata...

Terima kasih untuk penulis, aku punya mantan pacar yang sampai sekarang masih menempati satu ruang di hati saya. Saya tidak pernah bisa melupakan dia, tapi saya selalu relistis untuk melihat ke depan dan bukan kebelakang. Saya sampai pernah puasa daud untuk menetralisir hati saya dan menerima orang yang meminang saya ( sekarang jadi suami saya ). Walaupun saya sudah mempunyai suami dan 2 anak, jujur saya tidak akan pernah melupakan cinta pertama saya. Tapi, Alhamdulillah sampai sekarang ( dan Insya Allah sampai akhir hayat saya ) saya tidak pernah menghianati keluarga saya. Makasih banyak untuk penulis yang membantu saya membesarkan hati saya.

Tanpa Nama berkata...

sy pernah mengalami situasi ini; ditambah dengan kedukan kerana suami berlaku curang;..alhamdulillah; sy telah bertindak sepertimana yg disarankan diatas walaupun tidak berkesempatan membacanya ketika saya berperang dgn perasaan sendiri ketika itu..saya redha dgn ketentuan Illahi & sangat2 berterimakasih kepada Allah SWT..Dia yg maha mengetahui dan mengasihani hambaNya..

Tanpa Nama berkata...

,,,setuju,,

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.