Tips Elak Dari Terjebak Masalah Sosial

Share on Tumblr 1. Jangan Mudah Terpengaruh
Rakan-rakan mudah mempengaruhi hidup kamu. Oleh itu kamu perlu bijak memilih teman dalam menemani hidup seharian kamu. Jangan bercampur dengan rakan-rakan yang bermasalah terutama dari segi sosial mereka. Biarpun kamu pada mulanya bercampur hanya untuk suka-suka sahaja tetapi tidak mustahil kamu akan menjadi pengikut paling setia mereka kelak.

2. Elakkan Mengunjungi Pusat Hiburan
Elakkan dari mengunjungi pusat-pusat hiburan. Tempat-tempat ini akan melalaikan kamu. Sekiranya tempat ini sudah menjadi seperti rumah utama atau ke-2 kamu, tidak mustahil kamu akan terus hanyut.

3.Jangan Berdiam Diri
Setiap kali kamu berhadapan dengan masalah, jangan hanya berdiam diri. Rujuklah pada orang-orang terdekat yang boleh dipercayai. Lebih baik kamu merujuk kepada kaunselor atau guru agama. Jangan sesekali menyelesaikan masalah dengan melakukan sesuatu diluar batasan.

4. Lakukan Aktiviti Kemasyarakatan
Jadual harian kamu perlu diatur dengan melakukan beberapa aktiviti kemasyarakatan. Perkara ini akan mengelakkan kamu dari terjebak dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Masa lapang kamu juga akan terisi dengan perkara yang memberi manfaat pada diri kamu. Kamu boleh sertai aktiviti gotong royong di kawasan tempat tinggal kamu atau aktiviti keagamaan mahupun program belia yang diadakan di situ.

5. Pandangan Dari Ibu Bapa

Sebelum melakukan sesuatu perkara dan membuat sebarang keputusan, dapatkan pandangan dan nasihat daripada ibu bapa sebelum bertindak. Mereka pastinya memberi cadangan atau nasihat yang terbaik untuk kamu. Tips Elak Dari Terjebak Masalah Sosial

1 Komen:

nurul berkata...

setuju sangat..dalam dunia sekarang remaja mudah terjebak.Pertamanya pengaruh kawan dan masih mentah dalam menilai kehidupan yang sebenar..Sebelum buat sesuatu ingat dulu wajah ayah bonda kita..yang penting kita tahu apa kita buat dan kedudukan kita dimana

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.