Tips Dating Internet

Share on Tumblr

Banyak sudah kita dengar berbagai-bagai keburukan akibat ‘dating’ setelah berkenal-kenal di alam siber. Inilah sebahagian langkah berjaga-jaga. Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah kena.

1. Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.

2. Gunakan e-mel, YM, ICQ atau IM terlebih dahulu untuk berkomunikasi. Jangan terlebih awal memberi nombor telefon anda kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.

3. Cuba bertanya soalan-soalan yang boleh membantu anda mengenali mengenai seseorang terlebih dahulu , sama ada dia merupakan pasangan yang anda cari.

4. Anda juga patut bertanya sebanyak mungkin soalan sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.

5. Sentiasa simpan maklumat yang pasangan baru anda beritahu mengenai dirinya dan pastikan maklumat-maklumat tersebut tidak berubah apabila anda bertanyakan di waktu lain. Ini penting untuk memastikan dia bersikap benar atau tidak.

6. Kebiasaannya terdapat dua golongan dalam masyarakat Internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti mereka. Mereka ini mempunyai niat-niat tertentu bersikap demikian. Manakala golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat oleh orang lain, tiada sebab mereka perlu berpura-pura.

7. Jangan mudah percaya kepada sesiapa sahaja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih banyak orang yang berpura-pura dalam Internet.

8. Jangan memandang dating terlalu serius kerana ia hanya tempat anda mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.

9. Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja. Apa yang penting maklumat seperti apa yang anda suka dan tidak suka dan bukannya maklumat alamat rumah atau tempat kerja anda. Jaga-jaga jika individu tersebut mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

Tips Untuk Berjumpa Kali Pertama

1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas anda pasti dia merupakan orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.

2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. Jangan sekali-kali pergi seorang diri.

3. Pastikan makanan dan minuman yang anda minum bersamanya selamat. Jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.

4. Apabila bertemu, orang yang anda jumpa merupakan orang yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh menanyakan soalan-soalan yang biasa anda gunakan ketika berbual di Internet.

5. Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.

Tips Untuk Perjumpaan Seterusnya


1. Teruskan perasaan was-was terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga-jaga seperti perjumpaan pertama.

2. Dapatkan maklumat di mana beliau tinggal atau bekerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.

3. Dan anda kemudian perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya.

Tips Dating Internet

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.