Perkataan Lazim Yang Sering Kaum Hawa Suka Gunakan

Share on Tumblr FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. ‘OKAY LAH’ bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening
Yang Terangkat’.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’. Perkataan Lazim Yang Sering Kaum Hawa Suka Gunakan

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

wahh..btol la. sye selalu gak gune perkataan2 mcm tu..hikhikhik

farah berkata...

hehe....

Tanpa Nama berkata...

hahahaha.....saya pn sama.selalu gunakan perkataan dan tingkah laku di atas tue.paling selalu sy gunakan ialah perkataan TAK ADA APE2,OKAYLAH,TOLONGLAH dan TERIMA KASIH.patutlah si dia kadang2 risau bila saya jawab pertanyaan atau pernyataan dia dengan TAK ADA APE2 dan OKAYLAH.mcm tau2 jer otak sy tengah berfikir masa tue.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.