Kenali Personaliti Melalui Bentuk Punggung dan Paha

Share on Tumblr Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi.

1. Seimbang

Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

2. Bulat

Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

3. Tinggi

Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatif orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar

Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ‘no problem’. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata

Punggungnya rata atau hampir sama rata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri. Kenali Personaliti Melalui Bentuk Punggung dan Paha

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

camne nk copy n paste erkk....

Tanpa Nama berkata...

haha...punggung pun jadi...

Tanpa Nama berkata...

punggung aku lawa haha

Tanpa Nama berkata...

btl ke sume nih?

Tanpa Nama berkata...

kesuburan bkn dinilai dr bntk punggung..

tp lihatlah tangan dan jari jemari si gadis itu..

Tanpa Nama berkata...

smua da ditkdirkan oleh ketentuan ILLAHI~

Tanpa Nama berkata...

kt jari nk lihat mcmmana tuuuuuuuu........

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.