10 Lelaki Idaman Wanita

Share on Tumblr Berdiri di hadapan cermin, lihat diri anda. Adakah anda setampan Shah Rukh Khan? Adakah otot-otot anda segagah Arnold Schwarzenegger?

Dengan ketinggian yang anda ada, mampukah anda memikat model secantik Nasha Aziz? Adakah gaji anda cukup lumayan bagi menakluki hati gadis-gadis jelita untuk dijadikan isteri?

Sambil berdiri di hadapan cermin, tanyakan soalan ini, “Adakah aku memiliki ciri-ciri lelaki yang diidamkan wanita? “Kalau masih belum pasti, di bawah ini adalah 10 lelaki yang paling dikehendaki oleh kaum Hawa iaitu….

1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.

2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”

3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”

4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.

5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.

6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.

7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.

8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.

9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.

10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.

Adakah ketampanan, gaji dan otot-otot sasa di badan anda relevan dengan ciri-ciri di atas? 10 Lelaki Idaman Wanita

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.