Seribu Burung Kertas

Share on Tumblr Sewaktu Boy dan Girl di awal alam percintaan, Boy melipat 1000 burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl. Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.

Girl dan Boy berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.

Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.

Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Girl memberitahu Boy, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !”

Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.

Selang beberapa tahun…
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Boy berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl. Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di hatinya.

Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanyanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl !

Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.

Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.

Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur. Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang dirinduinya.

Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.

Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, “Girl tidak pergi ke Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Boy berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari nanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “

Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.

Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus. Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.

Sewaktu orang tua Girl melangkah pulang dari tanah perkuburan, mereka melihat Boy sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka. Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.

“Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.
Seribu Burung Kertas

46 Komen:

Tanpa Nama berkata...

sedey er...

honey berkata...

urhukhukhuk......
sdey sgt....
=<

Tanpa Nama berkata...

sdihnyer la.. :..(

Tanpa Nama berkata...

sedeh=((

Tanpa Nama berkata...

NANGIS AKU......

EZ@T berkata...

so sad.. =( beautiful story.. I love it..
hmm =(

Tanpa Nama berkata...

apesal cite nie aku xboley copy dohh??

Tanpa Nama berkata...

tahu xpe....aku nak copy pon xbleh...dia dh block r........

Tanpa Nama berkata...

Sedey nye..................nangis aku sendirian................................ =(

Tanpa Nama berkata...

waaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

kisah cinta yg hiba........masih wujudkah cinta sebegini ?????????

Tanpa Nama berkata...

walaupun citer nie sedih tapi ia membina..

Tanpa Nama berkata...

WHAT ALOVELY STORY OF LOVE...

jiwa.lalat berkata...

sweet

Tanpa Nama berkata...

sweet sgt2...
n tlalu sdh....
menitis air mate...

Nina Aziz berkata...

huk3...
isk3...
sedeynye...

aizir arydan berkata...

kisah cinta yg sedih...tp sgt mbina..bt yg msh bcinta hargailah apa yg kamu ada sekarang..

azli berkata...

buah hati aku ada penyakit kanser otak..tapi aku tak pernah meninggalkannya..tetapi sekarang setelah dia sihat aku ditinggalkan..tetapi aku kan tetap mencintai dirimu siti aishah..apa yang penting bagiku dirimu bahagia biarpun kau lakukan bergini padaku..

Tanpa Nama berkata...

cita nie tol2 mnyentuh prasaan....
ak yg rock nie pon,leh dkatakan nak mngalir air mate....^^...tpi ape pon,,,kisah nie sunguh indah...

ezaty berkata...

sdh sgt2 la....menitis air mataku....

Tanpa Nama berkata...

aduh..pehal ngan aku ni,ttiba plak nangis..

Tanpa Nama berkata...

waahhhh cdih ye cte kat ats 2.....cdh cgt..... rse cam nk nangis je.....

khaiera_irayi93 berkata...

lagu ape 2?

cte ni cdey ohh

Azie Yantie berkata...

sungguh menyayat hati..besarnya pengorbanan girl pada boy..

Tanpa Nama berkata...

haha copy paste nye cite...pastu xkasi org len copy..

sha.. berkata...

sedey..!
cita ne menyayat ati..!
bsar pngorbnan girl..1

Tanpa Nama berkata...

sedih sgt2.. kesian boy.. di saat dia mengecapi kemenangan, di saat itu juga lah dia meratapi kekalahan.. kekalahan dalam memiliki cinta sejati... dah takder makna lagi...

Asyira Azrumi berkata...

saya nak share...huhu...

Tanpa Nama berkata...

besh gler a tiz stowi .... bsar pgorbann y d'lakukn oleh girl ...

Tanpa Nama berkata...

ku akan tetap setia menanti mu biar pun nyawa ku dihujung
pernafasan ku..kau sentiasa dihatiku biar pun hancur hati ini dimakan cacing..kau sentiasa diingatanku biar pun otak ku x berfugsi lagi..tatapi kau sentiasa disisiku sebab ku sentiasa mendoakan kebahagian dirimu

bidadari cinta berkata...

kisah cinta yg menyayat hati...sedihnyer....

Tanpa Nama berkata...

nice story n so sad . huhu . :(

Tanpa Nama berkata...

crite yg sedih,, :'(

Tanpa Nama berkata...

Kisah ini sungguh menyentuh hatiku.
Tahniah pada pengarangnya

Tanpa Nama berkata...

sweet sgt...

Tanpa Nama berkata...

bee, hampir nangis gue ...
sipa pengarangnya.?

Tanpa Nama berkata...

ak law bace dari web nie kompem sedih..
terharu ak ngan citer nie ;'(

Tanpa Nama berkata...

sedih...tp adw g kw 0wg cm girl 2 skunk...

Tanpa Nama berkata...

sedih nye..:(

Tanpa Nama berkata...

a thousand year by christina perri is the perfect song 4 diz story

ARIFA berkata...

cdey sgt2...:(

Lissa LaLissa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nurul Yazmeen Zahidan berkata...

Sedih kot! Tp passal pompuan 2 bohong smpai gitu skali? Sakit woo kene perli cengitu.Tp klw beterus terang pon same gak,ek? Heheh...

cari jodoh berkata...

Ini cerpen sepertinya pernah di kisahkan di film. Benar2 terharu saya.

Cari jodoh di www.jodohgue.com

Tanpa Nama berkata...

sedehnye terharu

wan khairuddin berkata...

Sedihnya.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.