10 Alasan Kenapa Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang

Share on Tumblr 1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA! 10 Alasan Kenapa Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang

10 Komen:

hawa berkata...

Salam…
Perkara yg paling serius bagi saya ialah main cinta dgn suami org. Sy dah lali dgn sikap suami orang yg selalu main kayu tiga. bukan dgn seorang tapi lebih sepuluh perempuan. APA sebenarnya yang mereka nak ? & biasanya perempuan yg suka bercinta dgn suami org ni ingat lelaki tu yg terbaik…padahal bila dgn isteri di rumah mcm singa lapar, pukul bantai bini hilang rasa hormat pada perempuan. Senang cerita lelaki yg dah berkahwin ni kalau dia suka main cinta dgn anak dara sebenarnya dia tu cuma nak keseronokan dara tu aje…yg selebihnya byk menipu. kalau lelaki ni betul2 sejati dia akan berterus-terang dgn isteri yg dia benar2 nak kawin satu lagi. HA…yg jenis ni payah nak cari…
Bayangkanlah betapa sedihnya isteri bila dapat tahu dia di tipu oleh suami yang dicintai… suami yg selama ini dia percaya rupa2nya tengah gila mabuk dgn perempuan lain…sedihnya…
INGAT lah hai semua perempuan..jagalah hati kaum sejenis kita dgn baik…jika kita ni dah memang tak tahan sgt cinta berahi dgn laki org tu..cubalah berterus terang…ikhlas & jujur boleh membantu kita dalam setiap perhubungan..insyallah !

qistina berkata...

betul ape yg hawa katekan.. hubby org ni cuma nk kan DARA j. dh dpt trus tgal..dh dpt madu sepah d buang.. sblum ni mcm2 jnji dgn kate2 palsu...nk kawing la.. ni la..pe2 la...aku pn bdoh krn tlalu mmpercyai buaya darat ni... sangup nk jdi bni no 2.aku malu dgn dri ku sendri 27 thn aku mmpertahankan permataku ini tp tewas jgk pd buaya darat pd 3/8/2008 dgn tnpa kerelaan.. aku mampu mnangis j pd mlm peristiwa htam i2. tp ye jnji nk btangungjwb slpas pe yg ye lakukan trhadapku... aku col n msg x jwb.hingga k hri ni aku mampu 2gu j pe yg tlh d jnjikan kpd ku..tp aku dh tau jwpnnya..

dr.love.cheras berkata...

ya lah qis. perkara yang qis alami ni bukan perkara baru . sejak zaman dulu sampai skrang hingga esok lusa perkara ni akan tetap berlaku. kerana lumrah yang lemah, lalai .leka dan cuai akan terkulai.tesungkur dan kecundang pada kata pujukan dan rayuan lelaki buaya yang ganas dan rakus tak berperikemanusiaan. tak timbang rasa dan berhati perut. mereka bersembunyi di sebalik kemancoan,kewarakan ,keprihatinan dan ambil berat.penyayang dan berhemah tinggi. untuk mejerat mangsa.dgn seribu janji manis.

tak apa lah qis yang berlaku biar lah terus berlalu cuma jangan sekali di ulangi .mungkin satu masa anda akan mendapat jodoh yang lebih sesuai dan lebeh baik .kerana ramai lagi lelaki yang baik dan iklas penyayang di dunia ini.

qistina berkata...

tma ksih dr love cheras...tp sy malu dgn diri sy krn tiada kegadisan lg..lelaki skrg bla nk kawing mesti cri yg DARA..susah lelaki nk trima ppuan yg dah hilang DARA...sy dah lali dengar citer kwn2, pengakuan dlm majalah n mcm2 lah..bla ppuan mgaku dh x de DARA trus tgal, x leh trima ppuan mcm ni, pdhal kaum sjenis dia lah yg merosakan kegadisan ssorg,btul lah ppuan hlang DARA kite leh tau..tp llaki hilang teruna kite x tahu.sunguh kejam llaki mcm ini. & 1 lg bla llaki yg bleh trima ppuan yg x de DARA..bla kawing jka de btikam lidah mesti ungkit psl tiada DARA..ish2..baik punya laki,klu mcm ni baik hidup bujang...tp sy msih bg peluang utk dia bertngungjwab k ats sy...insyallah suatu hri 6t Allah akn gerakkan hti dia utk col n msg sy krn mnyesal dgn pe yg dia lakukan thdap sy wlaupn tnpa kerelaan sy(perogol beriman)gelaran yg dia bg utk diri dia...sy x pernah dendam pd dia...sy x kisah klu sy kawing dgn dia hanya semantara @ kontrak...tp jka kekal alhamdulillah...jka jodoh sy setakat 2 j x kisah,sekurang2nya sya dh de gelaran baru JANDA....jdi bla dh de teman yg bru x pyah nk ungkitkan lg psl DARA krn sy sorg JANDA...

Tanpa Nama berkata...

biase le tu

Tanpa Nama berkata...

keep wondering, kalau suami tu betul2 nk kawin utk kali ke 2 or 3 or 4, itu pon di kira salah ke bercinta ngan suami org?

Tanpa Nama berkata...

Nak k0men tapi takut x c0nfident... sebab kes ni kire b0leh jd isu besar gak.. s0metimes orang cakap,0rg yg da bkawen ni,experience lbh n lbh matang... tapi tak tau la sejauh mane kebenarannye kan... ape2 p0n cari lah suami macam adam yg dlm cerita adamaya tu.. bahagia beb!!!

Tanpa Nama berkata...

hem....sekarang orang dalam dilema cinta. Hubby orang nak kawin satu lagi...sebenarnya tak tau apa yang dia cari..katanya salah dia sebab dia yang terjebak. Pompuan tu plak mengaku sayangkan hubby. Kira betul2 sayang-menyayang lah ni. hari2 mesej..... pagi petang siang malam. Hubby pun dah tawar ngan orang sejak ada buah hati. kita kekadang rasa nak tinggalkan rasa masih sayang.... tapi kemesraan dengan buah hati tu sampai lupa anak bini. Member bagitau.... hubby tgh kemaruk.... biarkan dulu.... kawan2 kat sini plak? apa pendapat u all

Tanpa Nama berkata...

saya berasa heran, kenapa lelaki yang dah beristeri selalunya suka berkapel dengan pompuan yang masih remaja, yang jauh muda dari umur dorang? can anybody give their opinion here? coz i just couldn't understand.

Tanpa Nama berkata...

mungkin muka isterinya sudah berkedut kot......

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.