Suatu Renungan Mutiara Kata

Share on Tumblr Jika kita selalu merasakan kita tidak layak menerima sesuatu yang baik dan berharga. Apabila perkara baik dan berharga itu datang tetapi kita tidak melakukan apa yang sepatutnya sehingga ia terlepas dari tangan. Erti kata lain, anda telah sabotaj diri sendiri. Namun ini adalah satu topik yang memerlukan kupasan tersendiri.

Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.

Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya. Suatu Renungan Mutiara Kata

5 Komen:

lije berkata...

Kita selalu didengarkan dengan “Hidup kita, kita tentukan sendiri”. Namun kata-kata tu hanya bermakna bagi mereka yang sedang mengecap kejayaan dalam sesuatu.

Bagi mereka yang sering kecundang, ada yang terus menyerahkan pada takdir, putus ada dengan dengan apa yang telah diusahakan selama ini. Biarlah keadaan yang menentukan halatuju hidup, walhal kita mampu menentukannya.

Putus asa bermakna mengenepikan segala harapan yang mungkin. Bila kita berhenti mengharap, maka kita akan berhenti berusaha, dan secara tak langsung akan mensasar jauh dari jalan hidup yang lebih baik.

Sesuatu yang baik itu tak datang dengan mudah. Easy come, easy go. Jangan mudah mengalah dengan apa yang kita hadapi. Sebuntu manapun usaha kita, pasti ada jalan lain untuk menyelesaikannya.

yohana berkata...

yah..hidup adalah sebuah pilihan. semuanya tergantung pada kita, apakah kita akan mengakhirinya dengan baik, sangat baik atau bahkan buruk.

mae berkata...

baru saja, aku mengalami hal buruk dalam hidup ini…dan dari situ aku malah jadi mengerti apa arti hidup itu sendiri, seperti yang banya mereka bilang hidup itu memang pilhan.
awalnya aku pikir semua akan berakhir samapi disini, ternyata tidak!aku merasa harus bangkit, berdiri lagi, dan berjuang demi seseuatu yang terkasih.

lintang9 berkata...

hidup itu bagai cerita sinetron berseri. dimana kita tidak akan tahu akhir dari jalan cerita kalau kita menyudahi semua ini sampai disini.

Tanpa Nama berkata...

hidup ni ada pasang surut nyer,...seperti roda ...sekejap atas skjp bwh,,,,,tpi aper yang ptg skli ialah sentiasa mmhn kpeda Allah semoga diluaskan pintu rezeki disamping usaha dan tawakal....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.