Tanpa Cintamu, Aku Akan Mati…

Share on Tumblr Suatu malam, sepasang kekasih baru selesai menonton tayangan gambar di panggung. Tetapi dalam perjalanan pulang, si lelaki merasakan ada sesuatu yg tidak kena pada pasangannya. Si kekasih hatinya lebih banyak membisu. Suasana dalam kereta pun tidak seceria biasa.

Tidak lama kemudian, si gadis meminta kekasihnya berhenti sekejap di tepi jalan kerana dia ada sesuatu utk dibincangkan.

Dia mengatakan perasaannya sudah berubah dan dia mahu berpisah utk memulakan kehidupan baru.

Setitis air mata mengalir di pipi si lelaki yg hatinya remuk kecewa. Harapanya utk bersama si gadis selamanya hancur berkecai.

Si lelaki kemudian mencatatkan sesuatu dalam sekeping nota dan melipatnya. Dia kemudian menghulurkan kepada si gadis. Pada masa yg sama, sebuah lori yg pemandunya mabuk sedang memecut laju dan melanggar kereta pasangan kekasih tersebut. Hentamannya terkena tepat di kerusi pemandu, dan membunuh si lelaki serta merta di tempat kejadian.

Ajaibnya, si gadis terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. Teringat kepada nota terakhir kekasihnya, dia pun membukanya dengan hati yg berdebar.

Di dalamnya tercatat::

“Without your love, I would die.”

Tanpa cintamu, aku akan mati………. Tanpa Cintamu, Aku Akan Mati…

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

terharu giler cerita nie...menyentuh perasaan betul...huh!!

Tanpa Nama berkata...

tanpa cinta awak... saya bukan lagi diri saya

Azrynna berkata...

Sedihnya...

_pRinCeEsscLeo~~ berkata...

tegak bulu roma aku.....
best kowt cite nie...

Tanpa Nama berkata...

sedih siott!!!

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.