Hargai Anugerah Cinta

Share on Tumblr Bayangkan anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.

Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.

Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.

Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.

Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.

Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis. Hargai Anugerah Cinta

27 Komen:

gadisvirgo berkata...

sedihnya...cinta ku putus di tgh jln...smpai skrg aku tak dpt lupakan dia...apa nak buat?
nak mcuba tapi tak mampu nak lupakan apa yang dia dah buat waawawawwawaw....

Tanpa Nama berkata...

sedihnya juga jika cinta kita tidak kesampaian.....tetapi kita masih mencintainya walaupun sudah dimiliki org lain...cinta terhadapnya terlalu kuat sehingga tak dapat melupakan nya...tiada guna jika terus menantinya kerana ia akan menyiksakan kita...yg mampu kita lakukan ialah doakan kebahagiannya dgn perempuan pilihannya.....

miz fieza berkata...

cinta kan satu permulaan dan satu pembelajaran..tok belaja syg, cinta n rindu..tapi bila kecewa memeg satu yg menyakitkan hati....so..aper2 life must go on

lily_cute berkata...

cinta dtg dlm idup kita tanpa kita sedari.adaklanya krana keinginan kita mlebihi rasional maka kita myambut khadiran cinta itu wlaupun kita tahu ianya bakal myakitkan. lalu bila blakunya perpisahan...kita trus mletakkan keinginan untk trus mmilikki mlebihi rasional yg dia sudh tdk sygkan kita lagi...

berfikirlah sblum btindak...

addiq81 berkata...

Putus cinta sememangnya perit... x dapat digambarkan dengan kata2. Tapi percayalah... terdapat orang yang lebih baik yang telah ditakdirkan untuk kita tapi sebelum masanya kita perlu berdepan dengan semua kesedihan & kesakitan putus cinta. takkan sekali-kali Allah menganiayai hamba2nya. Perlulah tawakal & redha dalam mengharungi segala kekecewaan. Dan yang paling penting janganlah mudah berputus asa....

Tanpa Nama berkata...

Mengenal cinta memang susuatu yang indah. Menjadi insan yang dicintai lagi indah tetapi menjadi insan yang dikhianati, tiada ungkapan yang mampu diluahkan dengan kata-kata. Betapa sakitnya dan betapa terseksanya hati ini.

Tanpa Nama berkata...

cinta itu memang indah jika ia lahirdari hati yg jujur bagaimana pula cinta palsu yg bertopengkan sebuah kejujuran tentu hancur hati rasaya jika org yg kita cinta telah berbagi cinta dengan insan lain juga..kejam sungguh..

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah jatuh cinta barulangkali..aku pernah menjalin cinta dgn ramai org..tetapi di penghujung jalan aku memilih cintamu untuk kekal hingga akhir hayat..tetapi cinta terakhir ini tak semestinya juga yg terakhir bagimu..cinta satuku ini tak mungkin cinta satu padamu juga..bukan pertama tapi terakhir bgku dan bukan terakhir utkmu kerana cinta pertamamu masih lagi bertakhta di hatimu..

Tanpa Nama berkata...

"ingatkan engkau kepada enbun pagi bersahaja yang menemanimu sebelum cahaya.. kekuatan hati yang berpegang janji kemana kau pergi cinta ... By mj_bapagede@yahoo.o.id

Tanpa Nama berkata...

CINTAILAH PADA YANG SATU...ALLAH YANG MAHA ESA WAHAI SEKELIAN MAKHLUK CIPTAANNYA...

Tanpa Nama berkata...

terkadang CINTA itu INDAH...namun setelah kita memberikan smuanya...CINTA bisa berubah menjadi TAK BERHATI....( eny )

Tanpa Nama berkata...

AKU MENYINTAI DIA SEPENUH HATIKU TAPI HADIR LAGI CINTA KEDUA DI SAAT KU KECEWA OLEH CINTA PERTAMA..AKU MENGHARGAI KEDUA-DUA CINTA INI KERANA MENGAJAR AKU UNTUK MENGHARGAI ORANG LAIN..ADA HIKMAH YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT..MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ORANG YANG MENCINTAI KITA ADALAH SESUATU YANG AMAT BERHARGA..

Tanpa Nama berkata...

aku dah jumpa calon da...
tunggu masa nak akad nikah jer..
huhu..........jangan jeles.

Tanpa Nama berkata...

bila kita dah jumpa calon isteri, janganlah sia-siakannya.wat lah yang terbaik untuk si DIA.

Tanpa Nama berkata...

semua keinginan akan aku lakukan,
sekuat semampu ku sayang,
kerana bagiku,kau kehormatanku,(zack)

Tanpa Nama berkata...

aku di kecewakan cinta lepas.... sb dy hnsem.. tp slalu mnyakiti hati aku..... tp cnta trbaru aku xbape hnsem... tp ckup mngambil berat n mghargai aku... so aku bhagia sgt ... bg aku rupe x pnting yg pnting hati yg tlus ikhlas....

Tanpa Nama berkata...

cinta itu indah tetapi cinta pada manusia biarlah
biasa2 jer kerana manusia pasti akan melukakn hati kita.yang abadi adalah cinta pada YANG MAHA ESA.Pengalaman lalu banyak mengajar aku tentang cinta.selepas banyak kali aku dkecewakan akhirnya aku temui jua kebahagiaan.semua yg blaku ada hikmahnya

Tanpa Nama berkata...

cinta mmg indah..tp bla dikecewakan rasa skt sgt..bkn sng kita nk lupakan seseorang yg kta cintai..ambil msa yg lma tuk kita lupakan..

Tanpa Nama berkata...

aq pnah mncntai ssorg,tp akhrnya dya tgglkn aq,shggalah pd suatu ari aq dpt thu cntanya plsu smata mta....aq xnk bcnta lg krna dlm htiku hya ad dya seorg

Tanpa Nama berkata...

aku xkan pernah berhenti untuk mencintai..
walaupun hati sering disakiti oleh insan yang amat aku cintai..
aku xkan pernah berhenti berharap dan berdoa untuk memiliki cintanya..kerana dialah satu2nya lelaki yang bertakhta di hatiku

Tanpa Nama berkata...

indahnya rasa bila dilamun cinta..
seperti dunia kita yang punya

Tanpa Nama berkata...

Kupohon padamu ya Allah..satukanlah hati kami dala mikatan yang suci..ku berharap segalanya akan berakhir dengan kebahagian...amin ya RABBAL ALAMIN.

Tanpa Nama berkata...

sedihnya hati rasa diri seolah-olah tidak dihargai dan seperti dimainkan

Tanpa Nama berkata...

patah hati gak harus bunuh diri,karna kita belum menemukan cinta sejati,dan hidup harus selalu berlanjut,sampai datangnya maut,kenapa kita bisa kehilangan,karena kita telah mendapatkan

Tanpa Nama berkata...

cinte dikhianati..hmm..tp kini die dtg mncri ku smule..patutkah ak menerima nya..sedangkan die sdah berpunye..ak pula sedang mncube mnerima cinte lelaki lain..

Tanpa Nama berkata...

kenapa semua manusia kene bercinta?? adakah setie itun menyakitkn?? :((

Tanpa Nama berkata...

hargai cinta yg ada..yg pergi jadikan ia sbagai knangan terindah,,moga dikau yg ku syg slalu tng di alam sne..kau ttap dlm ingatan...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.