Cinta Lelaki

Share on Tumblr Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami . Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.

Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.

Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.Lelaki yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj Cinta Lelaki

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

betul ker??

Tanpa Nama berkata...

yess..btol.
feen, i love u!

jiwa.lalat berkata...

betol, tapi apabila salah timing, digelar lelaki buaya darat oleh org yg dicintai.gile sedih

Tanpa Nama berkata...

so sweet!!!...hurm, tp x smue pmpuan dpt laki mcm 2 kn...so..ble da dpt 2 hargailah seadanya....putra, i love u with my soul!!!

Tanpa Nama berkata...

betulll....abii love u soo muchh....!!

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.