Cinta Itu Anugerah

Share on Tumblr Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub )

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan , jangan biarkan ia hilang.

Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir kerana ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.

Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.

Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.

Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuat kepastian… gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.

Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah segala -galanya.

Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.

Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati

Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.

Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.

Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.

Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan. Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya

Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa. Cinta Itu Anugerah

35 Komen:

Tanpa Nama berkata...

cinta....rindu...sampai letih dah.......

Tanpa Nama berkata...

cinta...cinta...cinta
cinta...cinta...cinta
ngantuk la.. jom tdo

Tanpa Nama berkata...

cinta.........................................
jan dulu cari duit dulu.............................
hahahahahaha...........

Tanpa Nama berkata...

ada apa dgn cinta

Tanpa Nama berkata...

love is cinta and cinta is love...hihik

Tanpa Nama berkata...

betul tu..

Tanpa Nama berkata...

perkataan cinta melebihi mendalam di jiwa kita...cinta itu ada lah Anugerah yang terbaik untuk kita..dan juga cinta itu akan datang sendiri secara tiba di hadapan kita so bukan nya maksud kan kerana duit dan semuanya so sebab kan jujur hati keprcayaan dengan diri-sendiri dan juga sebagainya....dari situ lah kita akan mengenali erti cinta dan banyak lagi kita akan mencuba....daripada Wulan

aini_boikot israel_ berkata...

cinta is smthg yg mgarot..zman skg dah xder cnte sjati..mncntai smone xprlukn sbb..tp ssorg d cintai krn pangkat.kkayaan,nama,popular,duit..n many thngs..btol x??????

Tanpa Nama berkata...

love_is_virus

Tanpa Nama berkata...

say thank u Allah.. ats ksh syg dia,kurniakn wat dr ni sorg insan yg btl2 cinta n sygkn dr ni.. wlpn pnh trluka..alhmdllah dia hadir mrwat luka ni.. sy rsa bsyukur sgt.. wlpn dia cuma askar.. insyaallah hbs belajr d institut pddkn guru ni..kami rncg untk hr bhagia..amin..

Tanpa Nama berkata...

x slah klau kite nk brcnte..

unknown!!! berkata...

i lovE cIntA

mieyaa :-p berkata...

pe 2 cntaaa sjti???? tah leee....

Tanpa Nama berkata...

cinta sejati takkan melawan kematian,tapi cnta sejati akan menjauhkn dari kematian.takkan ada yg menghalangi cnta yg tumbuh walau hany sedetik bertemu

Tanpa Nama berkata...

cinta y plg sejati hnyalah utk Allah..mafi qalbi ghairullah..

iyda berkata...

cinta kpd bunga,akan layu..
cinta kpd manusia,akan mati..
cinta kpd ALLAH cinta abadi dan hakiki...

orang yang terpaksa mengecewakan berkata...

cinta.susah untuk diungkap apa makna cinta yang sebenar.ia sama seperti roda.kadang dibawah dan kadang diatas.ada bahagia dan ada derita.andai satu hari nanti cinta itu terputus ditengah jalan maka lepas dan redhakanlah ianya pergi kerna kebahagiannya lebih bermkna dari kebahagiaan kita sendiri.

something special berkata...

cinta???susah klu cerita psl cinta coz cinta nie suatu benda yang rumit yg berkait dgn perasaan yang entah bila hadirnya rasa indah itu....

Tanpa Nama berkata...

Jika pernah Seseorang hadir dalam dirimu, dan menjadi sebahagian dalam diri mu lalu ia pergi, Tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, Jangan terlalu sedih kerana sesungguhnya dia pernah Membahagiakan hidupMU..

Anonymous berkata...

cinta....rindu...sampai letih dah.......

welcome berkata...

Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tanpa Nama berkata...

jgn la kte mncari cinta
krane cinta pasti akan datang dgn sendiri
tnpa di undang...

Tanpa Nama berkata...

nasip dah cinta tak datang
gayung tak selalu bersambut...
Ape dah jadi,,,
Spe kate cinte datang sendiri
Usahe sendiri pun tak tak dapat2 juga,,,aku penatlah...

fa tin berkata...

Cinta paling Agung ialah Cinta pada Allah , Sesungguhnya Allah maha penyayang lagi maha pengaasihani

Tanpa Nama berkata...

cinta adalah satu makna yg indah..
jgn kita cemari cinta yg ALLAH kurniakan kpd kita..
semailah dgn sebaiknya..

Tanpa Nama berkata...

aku penat biler cakap pasal cinta....mengapa orang yang sntiasa mmberi kasihnya akan di balas dgn kelukaan...?

Tanpa Nama berkata...

hmm...susah bile nak cakap pasal cinta..
lebih banyak pahit dari yang manis..
tp walaupon pahit..kita ttp mahukannya..
aku sendiri tak paham...
mungkin masa aku bg jawapan kat aku suatu hari nanti

fairuzzana berkata...

disember 2009....
tima kasih ya allah...
kerana kau telah temukan aku dganny...
dngan insan yg benar2 menyayangi ku...
wlaupn byak dugaan untk aku bsamanya...
akan ku truskan langkah ku wlau apa jua rntangan untuk brsamanya...ya allah...kau pnjangkan lah jodoh pertemuan kami..agr bisa aku lewati hidup2 bahagia di samping nya...
amin....
__buat insan tercinta>> mohamad__

Tanpa Nama berkata...

love is like instints and feelings of someone.....without instints and feelings we cant to fall in love.....but when it happen,its like lost controlled...so be prepared with love....

Admin berkata...

LISTEN ONLINE RADIO AND WATCHING FREE
MOVIE ONLINE ,SPORTS ONLINE LIVE.
FOR WATCHING MOVIE ,NEWS ,AL JAZEERA ,SPORTS
VISIT LINK > CLICK TO WATCHING <
SINGAPORE RADIO >CLICK TO LISTEN <<
LISTEN HINDI RADIO VISIT LINK >>CLICK TO LISTEN <<
 WATCHING HINDI MOVIE CHANNEL VISIT LINK >>KLIK TO WATCHING<<
DI SINI ADA ,THR GEGAR,HOTFM,KLFM,JOHOR FM DAN MACAM MACAM LAGI,TERDAPAT LEBIH KURANG 175 BUAH STESEN RADIO YANG BEROPERSI DI MALAYSIA BOLEH DI DENGARI DI SINI SECARA PERCUMA >KLIK TO LISTEN<<
LISTEN INDONESIA RADIO ONLINE CLICK >> CLICK TO LISTEN <<
Teradapat juga siaran tv malaysis seperti pas tv ,tv selangor,tv kelantan, rtm1 ,rtm2,mobtv,dan banyak lagi.... >KLIK TO WATCHING<<

Tanpa Nama berkata...

kalau nak di ceritakan tentang cinta,,dari kau kecik sampai tua x ada penyudahnye .. betol x?? hmm

Tanpa Nama berkata...

Cintab itu tipu semata2..........

Tanpa Nama berkata...

Sematkan di hati kata pujangga ini: “Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

Tanpa Nama berkata...

lelaki kebanyakan penipu dalam pencinttn

Tanpa Nama berkata...

cinta semasa persekolahan adalah cinta monyek

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.