Beza Cinta dan Seks

Share on Tumblr Cinta itu keperluan hati dan seks pula keperluan nafsu tapi kedua-duanya mempunyai kaitan yang kuat antara satu dengan yang lain. Sesetengah pihak cuba menjadikan cinta sebagai jambatan untuk mendapatkan seks. Jarang sekali orang menggunakan seks sebagai cara untuk mendapatkan cinta (kecuali yang terlalu ‘Desperado’).

Sebagai pasangan yang selalu ingin membuktikan kejujuran dan kesetiaan, mereka ini akan mudah kecundang. Kerana tak mahu pasangan mereka berkecil atau berubah hati mereka sanggup menyerah. Bukan ingin menghentam lelaki tetapi yang selalu mengambil kesempatan terhadap isu sayang dan cinta ini adalah kaum Adam. Pernahkah kita terdengar cerita dirogol teman wanita sendiri? Tak salah kalau kita menyayangi seseorang tapi janganlah terlalu taksub kerana yang rugi nanti adalah diri kita sendiri bukannya mereka dan keluarga mereka.

Bila menyentuh isu cinta ramai yang jadi mangsa dan kebanyakannya ialah kaum Hawa. Tak dinafikan kaum Hawa kaum yang lemah tapi beringatlah wahai kaum Adam, anda belum terkena buku dengan ruas. Tambahan lagi di zaman yang serba cyber ini pasangan yang sanggup menunggu untuk diijabkabulkan merasa the real honeymoon boleh dibilang dengan jari. Itu semuanya beralaskan cinta.

‘The Conquerer’ adalah gelaran yang paling sesuai untuk mereka yang menjadikan seks sebagai jalan paling mudah untuk menakluki seseorang! Sepatutnya mereka-mereka ini ditembak dengan senapang gajah! Janganlah menjadikan alasan cinta sebagai penyebab untuk mendapatkan apa-apa pun ianya sungguh tak adil untuk sesetengah pihak. Cinta sepatutnya dijadikan sesuatu yang sungguh indah untuk dikenang, bukan sebagi bahan untuk menangis dikala teringatkan kenangan lama.

Walau apa pun cintailah diri anda dahulu sebelum anda menyintai orang lain kerana diri anda adalah zat anda. Beza Cinta dan Seks

13 Komen:

Tanpa Nama berkata...

sy stujula.......
tp zaman sekarangkan.......
susah nak ckp........

Tanpa Nama berkata...

wat member2 pompuan kt lua kdg2 kita lali walaupon dah tahu hakikat..cam aku,soal main dengan bf aku ibarat perkara harian yang perlu ditunaikan kerana aku perlu tuntuhi nafsu sidia..tp akhirnya kitorang berpisah..so,jgn senang2 jew bg benda kita pada bukan yang patut memiliki selain suami kita

fiteri berkata...

tu la org pompuan...mudah sgt percaya...cinta tak semestinyer perlu serah tubuh...bf yang minta tubuh tu bukan nakkan si pompuan tu tapi hanye nak merasa...dah dapat cari lain..so pada pandangan mata bf dia tu awek dia tu murah...kaalu aku bleh dapat ntah2 berapa ramai lelaki dah dapat rase...fikir2kan

Tanpa Nama berkata...

bile dah ilang maruah diri mulala tak tentu hala bile kene tinggal...bukan mudah nak cari lelaki yang dapat terima pompuan yang pernah berzina(samalah sebaliknya)...kalu ade yang kate bleh terima pada awalnye berkahwin ok...tapi akhirnya akan bercerai..bukan mudah nak telan pahit...bayangan silam akan menghantui..penzina layak untuk penzina juga...jadi sebelum serah tubuh pd bf fikir2 la...lebih baik kene tinggal sekarang sbb enggan serah tubuh..sbb kalau kene tinggal maknenye si lelaki bukan nak kan cinta kita tapi hanya nak tubuh sahaja...kalau kene tinggal kite bleh cari pengganti yang lebih baik..tapi kalau dah serah tubuh then kene tinggal..tu la yang paling bodoh...sbb lepas tu sukar nak cari lelaki yang boleh terima pompuan yang dah berzina

Tanpa Nama berkata...

ha ah..btul tu.stuju...
lelaki memang cm tu..lepas die dh try, die dh merasa sumer, pastu pompuan tu dia tinggal cm tu jer.

Tanpa Nama berkata...

knp lelaki ni mcm tu....

Tanpa Nama berkata...

yup aku pun stuju ngan kmen2 d atas ni...kbykan kaum lelaki mmg mcm tu

somebody berkata...

tp mcm mne plak kalu.. llki 2 jnj cam2 lps dpt?? jnj nk jdkn kte istri.. tp die mmg jnis y bkn playboy.. die stia.. cm ner?

Tanpa Nama berkata...

lelaki makin pupus, jantan yang makin banyak

Tanpa Nama berkata...

cinta seperti berjudi.. kita akan bertaruh dengan hati dan perasaan untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendaki iaitu kebahagiaan namun terdapat beberapa orang yang mempertaruhkan benda yang salah..dan akhirnya dia kalah dalam pertaruhan dan dia ditinggalkan dengan segala keistemewaan yang terdapat pada dirinya dirampas..

Tanpa Nama berkata...

emmm.. sush nk ckp ble mlibtkn hti n prasan krn mansia akn hlang kewarsn apble nafsu mguasai dri n iman pn snips kulit bwang... bg wanita cnta amt brhrga coz i2 lh rmai y snggp mlakukn prkra bodh n y akn mnggalkn ksan y amt mdalam... wanita thu mrka mgmbil risko y tnggi ble mbri 2 smua pda lelaki tp syng n nafsu y mbri mrka harpn utk hbngn 2 kekl tp sblik nye....

CIK SYAZ berkata...

sangat setuju ! Dan saya nak minta izin share post neyh untuk bacaan sahabat dan diri sendiri :)

Tanpa Nama berkata...

sangat setuju...tetapi lau bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi kn...utk gegirl....ad y sudah d nsihatkn n then sudah d beri pendedahn mengenai seks...tetapi buat jugk....utk boboy lak...selalunyer ambk kesempatan terhadap gegirl y sudah terlanjur...e2 mendorong lagih...bukan bantu utk ke jln y benar...tak boleh nk salahkn lelaki n tak boleh nak salah kn pmpuan...so fkr2 la sndri...fkrkn y terbaik utk dri sndri...
sekian dr bLur tErLamPau..peaceeeeeeee yoooo!!!!

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.